Karnival Belia Masjid Felda Pasoh 2 Kali ke 4 (Perasmian Program dan Pertandingan Futsal)
26 Mac 2017 | Aktiviti TerkiniPada 25 Mac 2017, Sabtu telah berlangsung Karnival Belia Masjid Felda Pasoh 2 telah dianjurkan oleh Majlis Belia Felda (MBFM) Pasoh 2 bersama JKKK Masjid Al-Huda Pasoh Dua. Antara aktiviti yang terdapat di karnival ini ialah pelancaran “Kito Kompang Pasoh 2” , pertandingan futsal, pertandigan mewarna dan Ceramah perdana.
Bertempat di Dewan Semai Bakti telah diadakan perasmian Program Karnival Belia Masjid Felda Pasoh 2 serta pertandingan futsal Masjid Kawasan parlimen jelebu. Karnival ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Tuan Mohd Razi bin Mohd Ali, ADUN Kawasan Sungai Lui. Pertandingan futsal belia masjid ini telah disertai oleh 32 pasukan futsal yang terdiri daripada kariah masjid seluruh kawasan parlimen Jelebu. Pertandingan ini berlangsung pada jam 8.30 pagi sehingga 6.00 petang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: