Advokasi Di Jamuan Raya Tabika KEMAS Felda Pasoh 2

14 Julai 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 13 Julai 2018, Tabika KEMAS Felda Pasoh 2 dengan kerjasama Pusat Ekonomi Digital Pasoh 2 telah menganjurkan Jamuan Raya bertempat di Tabika KEMAS Felda Pasoh 2. Majlis bermula jam 10.00 pagi dan tamat pada 12.00 tengahari. Dalam sesi jamuan Pusat Ekonomi Digital juga, turut mengadakan advokasi berkaitan E-Waste kepada ibu bapa dan penjaga yang hadir ke jamuan Hari Raya. Alhamdulillah program E-waste memdapat sambutan yang menggalakan daripada ibu bapa dan penjaga.

Pusat Ekonomi Digital ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Tabika KEMAS Felda Pasoh 2 yang sudi bekerjasama dengan Pusat Ekonomi Digital bagi menjayakan Jamuan Hari Raya kali ini. Mudah-mudahan untuk masa akan datang kita dapat berkerjasama lagi bagi program-program yang akan datang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali