Pertandingan Bijak ICT & Ceramah Santai Kesan Buruk Terhadap Berita Tidak Benar Dan Palsu

07 Mei 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 6 Mei 2018, Pertubuhan Kami Anak Felda (KAF) Pasoh 2 dengan kerjasama PI Pasoh 2 telah menganjurkan pertandingan Bijak ICT untuk adik-adik bawah 18 tahun ke bawah dan Ceramah Santai terhadap Kesan Buruk Terhadap Berita Tidak Benar Dan Palsu. Bertempat di PI Pasoh 2. Program ini bermula dari jam 9.30 pagi hingga 1.30 tengahari.

Antara Kategori pertandingan adalah Online Colouring ( 5 dan 6 tahun), Jigsaw Puzzle Online ( Tahun 1, 2 dan 3), Jigsaw Puzzle Online ( Tahun 4,5 dan 6), Typing Speed Challenge (Tingkatan 1,2 dan 3) dan Typing Speed Challenge (Tingkatan 4 & 5). Di Samping itu, terdapat juga sesi Ceramah Santai bertajuk Kesan Buruk Terhadap Berita Tidak Benar Dan Palsu Bersama Tuan Mohammad Yahya Bin Zakaria Peguam & Aktivis NGO. Terdapat juga sesi Cabutan bertuah untuk para pengungjung yang hadir memeriahkan program.

Dikesempatan ini, PI Pasoh 2 ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Pengerusi KAFWRA, Tuan Haji Hamilye tidak lupa juga kepada Pengurus D'Mart Encik Syukri atas sumbangan cabutan bertuah, penceramah Tuan Yahya, AJK2 KAF, Peserta-peserta yang terlibat, para ibu bapa dan para pengungjung yang hadir memeriahkan program serta semua warga Pasoh 2 yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam program ini. Tahniah diucapkan kepada para pemenang, moga dengan adanya program sebegini dapat melahirkan ramai generasi muda yang celik IT.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali