CATs Program & Latihan Microsoft Powerpoint

03 November 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 3 November 2018, telah diadakan Kelas ICT bagi CATs Program dan Latihan Microsoft Powerpoint bertempat di Bilik Latihan ICT Pusat Ekonomi Digital Felda Pasoh 2. Kelas ini bermula dari jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengahari. Kelas ICT kali ini untuk peserta tahun 3 dan tahun 4. Pembelajaran utama adalah latihan CATs Program.

Peserta membuat latihan CATs secara online untuk menyiapkan unit-unit latihan CATs melalui Website CATs. Pembelajaran seterusnya adalah peserta membuat latihan Microsoft powerpoint bertajuk buah-buahan tempatan. Di samping itu,peserta juga belajar mencari maklumat buah-buahan tempatan di website google untuk di masukkan ke dalam persembahan powerpoint dan muat turun lagu secara online serta mamasukkan lagu yang telah di muat turun ke dalam persembahan powerpoint mereka.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali