CATs Program & Plasticine Modelling

22 September 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 21 September 2018, telah diadakan Kelas ICT bertajuk CATs Program Dan Plasticine Modelling bertempat di Bilik Latihan ICT Pusat Ekonomi Digital Felda Pasoh 2. Kelas ini bermula dari jam 3.00 petang hingga 4.30 petang. Kelas ini untuk adik-adik tahun 1 dan tahun 2 dalam komuniti Felda Pasoh 2. Seperti biasa sebelum memulakan pembelajaran utama adik-adik akan melakukan nyanyian & tarian serta senaman minda. Pembelajaran adalah melalui CATs Program yang mana adik-adik akan membuat latihan bahasa inggeris secara online.

Setelah selesai sesi membuat latihan CATs, adik-adik membuat aktiviti sampingan iaitu plasticine modeling. adik-adik diberi tanah liat dan berdasarkan tanah liat tersebut, adik-adik perlu membuat model manusia menggunakan bentuk-bentuk yang telah di lukis pada papan putih. Aktiviti ini bagus kerana dapat mengembangkan minda adik-adik dan membentuk kreativiti adik-adik dalam mereka cipta sesuatu. Peserta yang berjaya menghasilkan model manusia yang paling kreatif diberi hadiah.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali