Kelas MS.Powerpoint & Uji Minda Dengan Education Game

23 April 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 22 April 2018, telah diadakan kelas ICT bersama adik-adik tahun 5 dan tahun 6, bertempat di Bilik Latihan ICT, PI Pasoh 2. Kelas ini bermula dari jam 10.00 pagi hingga 1.00 petang. Permulaan kelas ICT, adik-adik perlu menyiapkan tugasan Powerpoint yang bertajuk “Jenis-jenis bunga”. Tugasan tersebut adik-adik perlu memasukkan lagu dan menyimpan persembahan tersebut dalam bentuk video.

Setelah selesai, adik-adik akan bersaing melalui Kahoot dan quizziz online games. Adik –adik mengulangkaji matapelajaran matematik, sains, pendidikan islam dan sejarah.Di samping itu, mereka turut bermain dengan games typing speed challenge yang sangat-sangat bagus untuk adik-adik faham dan tahu perkataan bahasa Inggeris melalui games ini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali