Fun With Education Games

13 Mei 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 12 Mei 2018, telah diadakan kelas Fun with Education Games bertempat di Bilik Latihan ICT, PI Pasoh 2. Kelas ini bermula dari jam 10.pagi hingga 12.00 tengahari. Kelas ini bertujuan memberi keseronokan kepada adik-adik untuk menimba ilmu di PI Pasoh 2. Pembelajaran dimulakan dengan Kahoot games bagi matapelajaran matematik.

Melalui games ini adik-adik dapat bersaing dengan rakan lain bagi menjawab soalan-soalan yang telah disediakan. Di samping itu juga,adik- adik turut menggunakan quizziz games untuk mengulangkaji matapelajaran. PI juga membuat aktiviti sampingan di mana adik-adik bermain dengan typing speed dan jigsaw puzzle online.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali