Kelas Pengenalan Kepada Emel & Pengenalan Kepada Ms. Powerpoint

21 Mei 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 20 Mei 2018, telah diadakan Kelas Pengenalan Kepada Emel & Pengenalan Kepada Ms. Powerpoint bertempat di Bilik Latihan ICT, PI Pasoh 2. Kelas ini bermula dari jam 2.30 petang hingga 4.30 petang. Kelas ini untuk adik-adik sekolah menengah di Felda Pasoh 2. Pembelajaran pertama, mengenai emel di mana adik-adik belajar cara membuat akaun emel personal yahoo dan gmail.

Di samping itu, belajar cara-cara menghantar dokumen melalui emel. Seterusnya, pembelajaran mengenai Microsoft powerpoint, adik-adik diberi penerangan mengenai powerpoint dan kegunaan Microsoft powerpoint. Di samping itu, adik-adik juga diberi latihan membuat slide persembahan menggunakan Powerpoint yang bertajuk Adat Temenggung dan Adat pepatih.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali