Kelas ICT - Pengenalan Kepada Adobe Photoshop

08 Oktober 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 7 Oktober 2018, telah diadakan Kelas ICT Bertajuk Pengenalan Kepada Adobe Photoshop bertempat di Bilik Latihan ICT Pusat Ekonomi Digital Felda Pasoh 2. Kelas ini bermula dari jam 2.30 petang hingga 5.30 petang. Kelas kali ini bersama adik-adik sekolah menengah. Pembelajaran kali ini adalah berbentuk multimedia iaitu Pengenalan kepada adobe photoshop.

Dalam kelas ini adik-adik belajar mengenai penggunaan Adobe photoshop, edit gambar menggunakan photoshop dan membuat toturial menghasilkan poster "Karnival makanan 2018". Adik-adik juga belajar cara-cara untuk "save" photoshop dalam bentuk JPEG. Tahniah kepada adik-adik yang berjaya menghasilkan poster hari ini. Semoga dengan dengan kelas ini dapat mempertingkatkan kemahiran ICT adik-adik semua.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali