Kelas Pengenalan Kepada Ms. Publisher

19 Mei 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 18 Mei 2018, telah diadakan kelas Kelas Pengenalan Kepada Ms. Publisher bertempat di Bilik Latihan ICT, PI Pasoh 2. Kelas ini bermula dari jam 2.30 petang hingga 4.30 petang. Kelas ini untuk adik-adik darjah 1 dan darjah 2. Sebelum memulakan pembelajaran, adik-adik akan buat senaman minda untuk kecergasan minda. Kemudian barulah bermula sesi pembelajaran Microsoft publisher.

Kali ini, adik-adik akan belajar cara-cara untuk membuat poster. Memandangkan sekarang telah masuk bulan ramadhan, adik-adik belajar cara-cara membuat poster bulan ramadhan. Adik-adik juga belajar cara-cara mencari contoh poster di internet melalui google dan cara menyimpan gambar daripada google ke dalam komputer. Alhamdulillah semua berjaya menyiapkan poster dan mencetak poster. Sebagai ganjaran adik-adik dibenarkan membawa hasil kerja pulang ke rumah.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali