Kelas E-Entrepreneurship (Blogs Menjana Pendapatan)

23 April 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 22 April 2018, telah diadakan kelas E-Entrepreneurship bertempat di Bilik Latihan ICT, PI Pasoh 2. Kelas ini bermula dari jam 3.00 petang hingga 5.00 petang. Kelas ini bertujuan memberi peluang kepada usahawan PI dan komuniti yang berminat untuk belajar membuat blogs bagi tujuan mempromosikan produk atau perniagaan mereka.

Melalui kelas yang bertajuk “blogs menjana pendapatan” ini, peserta belajar cara-cara untuk membuka akaun blog melalui laman web wix. Peserta juga belajar untuk megubah suai templete templete yang sedia ada untuk dijadikan mengikut kehendak peserta. Selain itu, peserta juga belajar cara memasukkan gambar, mengubah tulisan dan mengubah background blogs mereka.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali