Kelas Microsoft Publisher (Kreatif bersama ICT)

02 Jun 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 1 Jun 2018, telah diadakan Kelas Microsoft Publisher (Kreatif bersama ICT) di Bilik Latihan ICT, Pusat Ekonomi Digital Pasoh 2. Kelas ini bermula dari jam 2.30 petang hingga 4.30 petang. Kelas kali ini untuk adik-adik darjah 1 dan darjah 2. Pembelajaran untuk adik-adik adalah membuat postcard raya menggunakan aplikasi Microsoft Publisher.

Sebelum adik-adik memulakan aktiviti, Tenaga Pengajar Pusat Ekonomi Digital memberi penerangan terlebih dahulu mengenai postcard, contoh postcard dan cara-cara membuat postcard menggunakan Microsoft publisher. Dalam pada masa yang sama, adik-adik turut belajar mencari gambar di internet untuk menghias postcard. Semoga adik-adik dapat memanfaatkan kegunaan aplikasi Microsoft publisher dan internet dalam pembelajaran adik-adik semua.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali