Bengkel Dan Pertandingan Adobe Photoshop

02 November 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 1 November 2018, telah diadakan Bengkel Asas Adobe Photoshop dan Pertandingan Adobe Photoshop bertempat di Bilik Latihan ICT Pusat Ekonomi Digital Felda Pasoh 2. Bengkel ini bermula dari jam 2.00 petang hingga 6.00 petang. Bengkel dan Pertandingan Adobe Photoshop adalah bertujuan memberi kemahiran ICT kepada komuniti terutamanya golongan belia.

Di samping itu, diharapkan dengan adanya program ini, akan lebih menarik ramai lagi menyertai kelas-kelas ICT yang dianjurkan oleh Pusat Ekonomi Digital Felda Pasoh 2. Peserta perlu melalui 2 sesi iaitu sesi pertama sesi bengkel Asas Adobe photoshop, Sesi kedua adalah sesi Pertandingan Adobe photoshop. Hasil kerja peserta dinilai oleh juri jemputan iaitu Puan Shima daripada Pusat Ekonomi Digital Sungai Lui. Dikesempatan in Pusat Ekonomi Digital mengucapkan tahniah kepada peserta yang menyertai bengkel dan pertandingan ini.

Tidak lupa juga terima kasih kepada Encik Zainal Fikri bin Abd Kadir, Pegawai Penyelaras DUN Sungai Lui, Encik Ali bin Ahmad, Pengerusi MPKK dan Encik Khuzaifah bin Ali, Pengerusi MBFM yang turut hadir ke Majlis Penyampaian hadiah Kepada pemenang. Tidak lupa juga terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam program ini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali