Kelas E-Usahawan (Promosi di Sosial Media)

26 Jun 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 25 Jun 2018, telah diadakan Kelas: Kelas E-Usahawan yang bertajuk Promosi di Sosial Media bertempat di Pusat Ekonomi Digital Pasoh 2. Kelas ini bermula dari jam 10.00 pagi hingga 11.00 pagi. Kelas ini dilakukan secara santai bersama salah sorang usahawan online dalam komuniti Felda Pasoh 2.

Usahawan baru menceburi perniagaan secara online dan mengambil peluang untu belajar cara-cara yang boleh digunakan untuk mempromosikan produk yang di jual. Pusat Ekonomi Digital menunjukkan jenis-jenis sosial media yang boleh digunakan untuk mempromosikan produk. Di samping itu, Pusat Ekonomi Digital turut menawarkan kelas ICT lain yang boleh menambah kemahiran usahawan dalam mempromosikan produk yang di jual secara online.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali