Pengenalan Serta Ulangkaji Ms.Word & Public Speaking

21 Julai 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 20 Julai 2018, telah diadakan Kelas Pengenalan Serta Ulangkaji Microsoft Word dan Public Speaking kisah tauladan bertempat di Bilik Latihan ICT, Pusat Ekonomi Digital Pasoh 2. Kelas ini bermula dari jam 2.30 petang hingga 6.00 petang. Pembelajaran kali ini adalah untuk adik-adik darjah 1 dan darjah 2. Sebelum bermulanya pembelajaran utama, adik-adik akan melakukan senaman minda bertujuan memberi kecergasan kepada adik-adik. Pembelajaran utama adalah Pengenalan dan ulangkaji Microsoft word.

Adik-adik diberi penerangan mengenai kegunaan microsoft word dan diajar secara praktikal untuk menggunakan microsoft word. Di samping itu, adik-adik juga diberi latihan menaip. Selain daripada itu, adik-adik juga membuat aktiviti Public speaking bersama rakan-rakan. Aktiviti ini untuk membentuk keyakinan diri adik-adik dihadapan orang ramai.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali