CATs Program & Story Telling

08 September 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 7 September 2018, telah diadakan Kelas ICT bertajuk CATs Program (Cambridge Accessible Test) bertempat di Bilik Latihan ICT Pusat Ekonomi Digital Felda Pasoh 2. Kelas ini bermula dari jam 3.00 petang hingga 5.00 petang. Seperti biasa sebelum memulakan pembelajaran utama adik-adik akan melakukan senamam minda. Pembelajaran utama adalah melalui CATs Program yang mana adik-adik akan membuat latihan bahasa inggeris secara online.

CATs ini merupakan program kerjasama UNIMAS dan Cambridge Universiti. Setelah selesai membuat latihan, pembelajaran diteruskan lagi dengan aktiviti bercerita dalam bahasa Inggeris. Dalam aktiviti ini dapat membantu adik-adik untuk berani berkomunikasi dihadapan orang ramai. Tahniah kepada adik-adik semua kerana berani mencuba dan berminat untuk terus belajar di Pusat Ekonomi Digital .

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali