Maxis Live eKelas Matematik dan Sains

5 Mei 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 4 Mei 2019, telah berlangsungnya Maxis Live eKelas Matematik dan Sains Tahun 6 bertempat di Pusat Ekonomi Digital Felda Pasoh 2. Kelas ini bermula dari jam 10.20 pagi hingga 11.40 pagi. Pembelajaran matematik tahun 6 adalah berkenaan Perimeter dan Luas manakala topik pembelajaran sains adalah mengenai sifat bahan. Seperti biasa setiap kali sesi Live eKelas terdapat sesi latihan yang perlu diselesaikan oleh pelajar dan hasil kerja tersebut perlu di muat naik ke dalam portal eKelas masing-masing.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali