Kenali Komputer & Dunia Internet

5 Januari 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 4 Januari 2019, telah diadakan Kelas ICT bertajuk Kenali Komputer dan Dunia Internet bertempat di Pusat Ekonomi Digital Felda Pasoh 2. Kelas ini bermula dari jam 3.00 petang hingga 5.00 petang. Pembukaan kelas ICT yang pertama bagi tahun 2019 kali ini adalah bersama peserta sekolah rendah iaitu tahun 1. Sebelum sesi pembelajaran, satu sesi berkenalan antara peserta dan tenaga pengajar bagi memastikan peserta mengenali rakan-rakan lain.

Pembelajaran utama kali ini adalah mengenali komputer dan dunia internet. Peserta diberi penerangan mengenai peralatan komputer dan juga dunia internet seperti kegunaan internet dan cara mencari gambar menggunakan Internet. Selain itu, peserta juga belajar menaip nama dan ayat-ayat ringkas. Keistimewaan pembelajaran kelas Tahun 1 adalah pembelajaran yang ringkas dan mudah serta di selang selikan dengan hiburan bagi memberi keseronokan kepada peserta yang hadir ke kelas ICT.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali