Presentation Skills & Microsoft Excel (Membuat Jadual)

7 Januari 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 6 Januari 2019, telah diadakan Kelas ICT bertajuk Prsentation Skills dan Microsoft Excel bertempat di Pusat Ekonomi Digital Felda Pasoh 2. Kelas ini bermula dari jam 10.00 pagi hingga 12.30 tengahari. Kelas ICT kali ini, bersama peserta sekolah rendah iaitu tahun 5 dan tahun 6. Hari ini peserta belajar cara-cara mencari Idea Do it Yourself (D.I.Y) menggunakan internet dan menjadikan youtube sebagai rujukan utama untuk dibentangkan kepada tenaga pengajar.

Di samping itu, peserta turut membuat aktiviti "presentation" dihadapan rakan-rakan lain untuk menaikkan keyakinan diri peserta apabila membuat persembahan dihadapan orang ramai. Selain daripada itu, peserta turut belajar mengenai Microsoft excel. Seperti biasa, peserta akan diberi penerangan mengenai Microsoft excel dan kemudian peserta akan diberi latihan untuk membuat jadual waktu menggunakan Microsoft excel.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali