Misi Raya Digital eKelas

12 Mei 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 11 Mei 2019, telah berlangsungnya sesi Live Misi Raya Digital eKelas, bertempat di Pusat Ekonomi Digital Felda Pasoh 2. Sesi ini bermula dari jam 10.30 pagi hingga 11.30 pagi. Pada Kali ini semua peserta yang terlibat dengan eKelas diberi misi sempena Hari Raya dan perlu menyiapkan tugasan misi Digital pertama mereka iaitu membuat lakaran perhiasan raya di dalam Pusat Ekonomi Digital .

Peserta perlu menghasilkan kerja tersebut secara berkumpulan dan membuat lakaran perhiasan raya mereka di atas kertas putih. Hasil kerja tersebut mestilah di muat naik ke dalam portal eKelas masing-masing.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali