Puzzle Games & Latihan Menaip

9 February 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 08 Februari 2019, telah diadakan Kelas ICT Puzzle Games dan Latihan Menaip bertempat di Pusat Ekonomi Digital Felda Pasoh 2. Kelas ini bermula dari jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengahari. Pada kali ini kelas ICT untuk seorang peserta Tahun 1. Pembelajaran kali ini adalah secara santai, peserta belajar melalui kaedah bermain sambil belajar dengan permainan Puzzle games.

Dalam Puzzle games ini peserta perlu menyusun semula gambar yang telah dipecahkan kepada beberapa bahagian, dalam masa yang sama peserta belajar cara mencari dan menyimpan gambar untuk dimasukkan ke dalam puzzle games tersebut. Di samping itu juga, peserta diberi latihan menaip perkataan-perkataan serta menukar tulisan dan warna tulisan. Selain daripada itu, peserta belajar memasukkan gambar-gambar perkataan yang ditaip dalam Microsoft Word. Tahniah kepada peserta kerana berjaya menyiapkan latihan menaip. Moga peserta akan lebih cemerlang dalam pembelajaran yang akan datang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali