Kisah Kejayaan

Rafidah binti Ismail (Usahawan Online)

Rafidah binti Ismail merupakan suri rumah yang baru saja berjinak-jinak dalam perniagaan online. Puan Rafidah telah mengikuti kelas bimbingan asas ICT dan latihan keusahawanan yang dianjurkan oleh PI Pasoh 2. Dengan bimbingan yang telah diberikan kini puan Rafidah mempunyai asas yang mecukupi untuk menjalankan perniagaan online. Kini pemasaran produk boleh diperkembangkan lebih meluas kerana kesedaran penggunaan internet dan media sosial. Pendapatan bulanan dan permintaan produk yang dijual oleh beliau semakin meningkat.

Puan Rafidah bermula dengan menjadi agen produk-produk pakaian, makanan dan minyak wangi. Kemudian beliau cuba untuk menjual produk kecantikan iaitu Mary Kay dan menghadiri kursus untuk menjadi independent beauty consultant Mary Kay.

Menerusi bimbingan yang diberi melalui kelas-kelas yang dihadiri di PI Pasoh 2, puan Rafidah telah berjaya meningkat kemahiran beliau dalam bidang IT dan menerusi kelas usahawan yang dihadiri beliau dapat mempelajari selok belok pemasaran yang berkesan melalui media sosial seperti WhatsApp dan facebook. Beliau juga mempelajari cara membuat pemasaran online melalui Facebook, WhatsApp dan mempelajari Microsoft Office bagi memudahkan urusan perniagaan, jualan strategi pemasaran yang kreatif menggunakan media sosial.


Mohamad Firdaus bin Macpol (Usahawan)

Mohamad Firdaus bin Macpol menjalankan perniagaan makanan iaitu Sate. Perniagaan Macpol Sate merupakan perniagaan warisan keluarga sejak beliau kecil lagi. Encik Firdaus mula mengambil alih perniagaan sate secara serius bermula dari tahun 2007 sehingga sekarang. Sebelum penglibatan dalam aktiviti yang dianjurkan oleh PI Pasoh 2, beliau hanya menjual sate di kedai dan menerima tempahan daripada pelanggan di rumah sendiri dan di kedai sahaja.

Setelah mendapat bimbingan daripada PI Pasoh 2, beliau telah mempelajari cara membuat facebook page untuk perniagaanya. Hasil tempahan sate beliau semakin meningkat dan pelanggan beliau bukan sahaja daripada kawasan sekitah, malah turut menerima tempahan daripada tempat-tempat lain. Di samping itu juga, beliau telah mempelajari cara-cara mempromosi perniagaan di laman sosial terutamanya facebook.

Kursus – kursus yang dihadiri oleh En Shahir telah mengajar beliau mempelajari cara membuat pemasaran online melalui Facebook dan WhatsApp, berkongsi cerita mengenai perniagaan yang dijalankan dan strategi pemasaran kreatif menggunakan media sosial. Di samping itu, menambah ilmu dari segi strategi pemasaran secara online.


Danish Darwisy Kamar bin Shamsul Kamar (CELIK IT)

Adik Danish Darwisy Kamar bin Shamsul Kamar berumur 12 tahun dan merupakan pelajar sekolah Kebangsaan Pasoh 2 (felda). Sebelum adik Danish menglibatkan diri dalam kelas ICT, dia mengakui bahawa dia kurang pengetahuan mengenai ICT. Terutamanya dia masih lagi kurang pendedahan tentang menggunakan internet dengan betul, kurang pendedahan tentang kemudahan website yang boleh digunakan untuk pembelajaran.

Selepas mendapat bimbingan dari PI Pasoh, adik Danish sudah mahir dengan penggunaan micorsoft office seperti microsoft word dan microsoft powerpoint. Di samping itu juga, adik Danish sudah tahu menggunakan emel dari segi membalas emel dan menghantar dokumen kerja kepada penerima emel. Selain itu juga, adik Danish juga diberi pendedahan kepada pembelajaran mengenai keselamatan di alam siber seperti buli Siber, gangguan seksual online dan lain-lain melalui kelas advokasi. Adik Danish berasa teruja apabila menghadiri kelas ICT. Selain daripada kelas ICT, PI Pasoh 2 turut membuat aktiviti sampingan seperti E-Learning dan permainan menguji minda. Hal ini membuatkan adik Danish berasa seronok untuk menghadiri kelas ICT di PI Pasoh 2.

Kini, adik Danish sudah mahir dalam microsoft office dan boleh berkongsi ilmu dengan rakan-rakan lain. Di samping itu juga, adik Danish sering berkunjung ke PI Pasoh 2 untuk melakukan aktiviti bermanfaat seperti membuat kerja sekolah, menyertai kelas ICT dan membaca buku-buku ilmiah di ruang membaca dalam PI Pasoh 2.


Haslina binti Hamid (Usahawan Online)

Haslina binti Hamid merupakan pendidik di Pusat khidmat Komuniti Pasoh. Puan Haslina memulakan perniagaan online bermula tahun 2010. Puan Haslina telah mengikuti kelas bimbingan asas ICT dan latihan keusahawanan yang dianjurkan oleh PI Pasoh 2.

Dengan bimbingan yang telah diberikan kini puan Haslina kembali aktif yang untuk mempromosikan perniagaan online di laman sosial. Puan Haslina bermula dengan produk Shaklee dan pelangsingan badan. Kemudian beliau menambah lagi produk jualan iaitu Kosmetik dan penjagaan kulit. Di samping itu, melalui kelas-kelas yang dihadiri di PI Pasoh 2, puan Haslina telah menambah kemahiran dalam bidang IT dan dapat membuat aliran carta produk jualan dengan mudah. Kini puan Halina boleh mempelbagaikan cara mempromosi produk dengan carta aliran serta banner yang menarik di laman sosial.


Adam Mukhriz Bin Hafiz (CELIK IT)

Adam Mukhriz berumur berumur 9 tahun bersekolah di Sekolah Kebangsaan Pasoh Dua (Felda). Sebelum adik adam menyertai kelas ICT, dia sangat pemalu dan kurang pengetahuan mengenai ICT terutamanya pendedahan mengenai applikasi microsoft office. Selepas mendapat bimbingan dari PI Pasoh, adik Adam sudah mahir dengan penggunaan micorsoft office seperti microsoft word, microsoft powerpoint dan microsoft publisher. Di samping itu juga, adik Adam sudah mahir dan boleh membantu rakan-rakan lain semasa dalam kelas ICT.

Selain itu juga, adik Adam juga diberi pendedahan kepada pembelajaran advokasi seperti buli Siber, gangguan seksual online dan perlindungan info. Tambahan lagi, adik Adam turut didedahkan dengan pembelajaran melalui multimedia seperti video kanak-kanak menari dan menyanyi. Terdapat juga aktiviti sampingan lain iaitu E-Learning ¬education games untuk subjek Bahasa Inggeris, sains dan matematik. Kini, adik Adam sudah mahir dalam microsoft office dan boleh berkongsi ilmu dengan rakan-rakan lain. Di samping itu juga, adik Adam sudah tahu memanfaatkan aktiviti melayari internet seperti education games dan video-video pengajaran di youtube.


Zainal Arifin Bin Abas (Usahawan)

Zainal Arifin Bin Abas atau lebih senang dikenali sebagai Ipin merupakan anak peneroka Felda Pasoh 2. Dengan memiliki sijil kursus dandanan rambut tahap 1 tahap 2 dan tahap 3. Di samping itu jga, Encik ipin turut mmpunyai sijil kursus fashion and dressmaking. Encik Ipin telah membuka kedai gunting rambut (Arifin”s Barber) pada tahun 2016. Di samping itu juga, encik Ipin turut menerima tempahan ubahsuai seluar slack dan baju.

Encik Ipin telah menghadiri kelas E-usahawan secara personal di PI Pasoh 2. Pihak PI telah memberi bimbingan kepada encik Ipin mengenai cara-cara membuat facebook page dan mempromosikan perkhidmatan gunting rambut yang diusahakan oleh Encik Ipin sendiri di rumahnya. Menerusi bimbingan yang diberi oleh PI Pasoh 2, Encik Ipin telah berjaya meningkat promosi di sosial media terutamanya di facebook personal dan facebook page. Encik Ipin banyak berkongsi mengenai Di samping itu juga, Encik Ipin dapat update informasi waktu operasi kedai gunting rambut beliau.


Radzelah Binti Ahmad (Usahawan)

Puan Radzelah memulakan perniagaan beliau pada tahun 2014. Produk perniagaan beliau adalah pelbagai jenis kuih seperti Creampuff, cheesekut, pineapple tart, cheese tart, dessert dan cookies. Sebelum penglibatan dalam aktiviti yang dianjurkan oleh PI Pasoh 2, puan Radzelah membuat pembungkusan kuih yang biasa tanpa melekatkan sticker pada kotak atau balang kuih beliau.

Setelah Puan Radzelah mendapatkan bimbingan daripada PI Pasoh 2, beliau telah mempelajari cara membuat sticker untuk perniagaan kuih yang beliau usahakan. Kini, puan Radzelah telah Berjaya membuat sticker perniagaan sendiri. Di samping itu, puan Radzelah telah membuat facebook page untuk perniagaan yang beliau usahakan. Kini, beliau semakin aktif mempromosikan produk jualan beliau di facebook personal dan facebook page yang telah beliau hasilkan sendiri dengan bantuan PI Pasoh 2.


Muhammad Syawal Syahmi Bin M.Zaidi (Celik It)

Adik Muhammad Syawal Syahmi Bin M.Zaidi berumur 11 tahun dan merupakan pelajar sekolah Kebangsaan Pasoh 2 (felda). Sebelum adik syawal menglibatkan diri dalam kelas ICT, dia kurang pengetahuan mengenai ICT.

Oleh kerana minat terhadap ICT adik Syawal sering berkunjung ke PI. Selain daripada itu, adik Syawal turut menyertai kelas-kelas ICT yang dianjurkan oleh PI Pasoh 2. Kini, Adik Syawal sudah mahir dengan penggunaan micorsoft office seperti microsoft word dan microsoft powerpoint. Adik Syawal sangat seronok menghadiri kelas ICT. Selain daripada kelas ICT, PI Pasoh 2 turut membuat aktiviti sampingan seperti E-Learning dan permainan menguji minda. Hal ini membuatkan adik Syawal berasa teruja untuk menyertai kelas ICT di PI Pasoh 2.


Hasnah Binti Abu Hasan (Usahawan Online)

Hasnah binti Abu Hasan merupakan suri rumahtangga dan sangat berminat berniaga. Oleh kerana itu, puan Hasnah mencari peluang untuk berniaga secara atas talian. Sebelum ini, puan Hasnah menjual kek serta makanan basah seperti ayam dan puyuh proses melalui aplikasi WhatsApp. Kemudian, puan Hasnah cuba untuk menjual tudung dan selendang secara atas talian.

Melalui kelas bimbingan ICT dan kelas E-Usahawan yang disertai oleh puan Hasnah di Pusat Ekonomi Digital 1 Malaysia Pasoh 2, puan Hasnah susah tahu untuk mempromosikan tudung dan selendang yang dijual di media sosial terutamanya personal facebook, facebook page dan Instagram. Di samping itu, Puan Hasnah turut meletakkan produk perniagaan di Pusat Ekonomi Digital 1 Malaysia Pasoh 2. Kini, puan Hasnah aktif mempromosikan produk perniagaan di media sosial, bagi yang berminat untuk membeli tudung dan selendang yang di jual oleh puan Hasnah, boleh WhatsApp ke 0123784964 untuk maklumat lanjut.


Norlia Binti Mansor (Usahawan Online)

Puan Norlia binti Mansor merupakan suri rumahtangga sepenuh masa. Puan Norlia sering menerima tempahan kuih daripada kawan-kawan lain kerana puan Norlia tahu membuat karipap pusing. Kini, puan Norlia ingin cuba memasarkan produk Karipap pusing secara meluas dengan menghantar karipap pusing (Frozen) di kedai-kedai yang bedekatan dengan kawasan tempat tinggalnya.

Melalui bimbingan daripada Pusat Ekonomi Digital 1 Malaysia Pasoh 2, Puan Norlia telah belajar membuat facebook page untuk perniagaan karipap pusing frozen. Di Samping itu, Puan Norlia juga belajar cara-cara mempromosikan produk karipap pusing di media sosial. Kini, perniagaan karipap pusing frozen puan Norlia sudah meningkat, permintaan terhadap karipap pusing yang diusahakan mendapat sambutan yang amat menggalakan terutamanya komuniti setempat dan juga orang luar. Kepada yang berminat untuk membeli karipap pusing puan Norlia, bolehlah menghubungi talian 0139534582 untuk maklumat lanjut.


Muhammad Hafizal Ilham Bin Masrom (Celik It)

Muhammad Hafizal Ilham Bin Masrom berumur 10 tahun bersekolah di Sekolah Kebangsaan Pasoh Dua (Felda). Sebelum adik Hafizal menyertai kelas ICT, dia tidak tahu menggunakan Ms.Office dan kurang pengetahuan mengenai kegunaan ICT. Selepas mendapat bimbingan dari PI Pasoh, adik Hafizal sudah mahir dengan penggunaan micorsoft office seperti microsoft word, microsoft powerpoint dan microsoft publisher. Di samping itu juga, adik Hafizal seorang yang sangat rajin menghadiri kelas ICT untuk belajar e-Learning dan Multimedia.

Selain daripada itu, adik Hafizal turut belajar cara membuat personal emel dan kini adik Hafizal tahu menggunakan emel. Tambahan lagi, adik Hafizal diberi pendedahan melalui Klik Dengan Bijak bagi mengelakkan salah guna internet. Menurut adik Hafizal dia berasa gembira dan seronok belajar ICT di Pusat Ekonomi Digital 1 Malaysia Pasoh 2.


Marliana binti Chek Mee (Usahawan Online)

Puan Marliana binti Chek Mee merupakan suri rumah tangga, berumur 34 tahun. Puan Marliana baru sahaja menceburi bidang perniagaan bagi menambah pendapat keluarga. Sebelum ini, Puan Marliana tidak mempunyai facebook page mengenai produk yang di jual dan kurang mahir mengenai ICT. Dengan bimbingan yang telah diberikan oleh PI, puan Marliana dapat mempelajari cara-cara membuat facebook page dan cara-cara mengemaskini facebook page melalui smartphone. Di samping itu juga, puan Marliana turut meletakkan brosur produk jualan dan produk di PI Pasoh 2.

Puan Marliana sangat berminat untuk untuk belajar lebih banyak ilmu ICT di PI dan akan cuba untuk mencari peluang untuk belajar lebih banyak ilmu ICT bagi mempromosikan produk yang dijual. Puan Marliana turut berterima kasih kepada PI kerana memberi dorongan untuk memperluaskan promosi produk dan juga ilmu-ilmu ICT yang diberikan kepada beliau.


Norlida Mansor (Usahawan Online)

Norlida Mansor merupakan guru tabika KEMAS Felda Pasoh 2. Puan Norlida memulakan perniagaan Ais Krim Kon dan cendol bermula tahun 2014. Pada peringkat awal Puan Norlida membantu adik iparnya membuat tempahan semasa majlis kenduri. Daripada situ,timbul minat untuk turut serta dalam perniagaan tersebut. Dengan bimbingan PI, Puan Norlida telah mempelajari cara-cara untuk membuat banner dan bunting perniagaan Ais krim kon. Di samping itu juga, Puan Norlida aktif mempromosikan produk di sosial media.

Puan Norlida sangat berterima kasih kepada PI kerana banyak membantu dari segi mempertingkatkan kemahiran ICT di samping mempromosikan perniagaan beliau di facebook page. Bagi sesiapa yang berminat untuk membuat tempahan Ais Krim Kon untuk majlis kenduri atau majlis-majlis keraian yang lain, anda semua boleh menghubungi puan Norlida di talian 01131075322 untuk maklumat lanjut.


Zafiah binti Abd Samad (Usahawan Online)

Zafiah binti Abd Samad atau dikenali sebagai Puan Intan baru saja menjalankan perniagaan Makanan Frozen ini. Puan Intan memang pandai membuat kuih muih dan memang minat berniaga sejak dahulu lagi. Produk perniagaan puan Intan ialah wadei Frozen yang mula dijual pada awal bulan disember 2017. Sebelum ini puan Intan tidak tahu mengenai facebook dan facebook page dan tidak mahir dalam aplikasi Komputer. Melalui bimbingan PI, puan Intan telah membuka akaun facebook dan belajar cara-cara untuk mempromosikan produk jualannya.

Di samping itu, PI turut memberi tunjuk ajar kepada Puan Intan untuk membuat sticker pada pembungkusan makanan frozen beliau. Menurut puan Intan PI sangat-sangat membantu dalam memberi galakan dan tunjuk ajar kepada usahawan yang baru menceburi bidang perniagaan dan beliau akan menjadi PI sebagai rujukan untuk mempromosikan produk usahawan dan membuat pembaharuan kepada produk frozen beliau.


Muhammad Aidil Zulkarnain bin Zainuddin (CELIK IT)

Muhammad Aidil Zulkarnain bin Zainuddin 9 tahun dan bersekolah di Sekolah Kebangsaan Pasoh Dua (Felda), merupakan anak tunggal dan pelajar cemerlang di sekolah. Sebelum menyertai kelas ICT adik Aidil kurang pengetahuan mengenai aplikasi dalam komputer. Selepas mendapat bimbingan dari PI Pasoh, adik Aidil sudah mahir dengan penggunaan microsoft office seperti microsoft word, microsoft powerpoint yang mana adik Aidil berjaya menghasilkan slide persembahan powerpoint dalam bentuk video.

Di samping itu juga, adik Aidil juga sedang mempelajari tentang penggunaan microsoft publisher. Adik Aidil sangat berminat belajar ICT di PI dan akan terus menimba ilmu-ilmu baru di sini. PI berharap adik Aidil akan berjaya dan menjadi celik IT yang cemerlang.


Muhammad Ammar Qhussnull bin Macpol (CELIK IT)

Muhammad Ammar Qhussnul bin Macpol berumur 8 tahun bersekolah di Sekolah Kebangsaan Pasoh Dua (Felda). Merupakan anak bongsu daripada 11 orang adik beradik. Adik Qhussnull merupakan pelajar cemerlang sekolah. Sebelum adik Qhussnull menyertai kelas ICT adik Qhussnul hanya tahu melayari youtube dan kurang pengetahuan mengenai aplikasi dalam komputer.

Selepas mendapat bimbingan dari PI Pasoh, adik Qhussnull telah belajar aplikasi microsoft word dan microsoft powerpoint. Di samping itu juga adik Qhussnull telah mempelajari cara-cara membuat emel dan sekarang adik Qhussnull mempunyai emel sendiri. Adik Qhussnull seronok belajar di PI kerana dapat berjumpa dengan rakan-rakan dan belajar ilmu ICT. Semoga adik Qhussnull terus berjaya dan menjadi celik IT yang cemerlang.


Muhammad Danial Hakimi Bin Kamarulzaman (CELIK IT)

Muhammad Danial Hakimi Bin Kamarulzaman berumur 10 tahun dan bersekolah di Sekolah Kebangsaan Pasoh Dua (Felda). Adik Hakimi telah menyertai kelas ICT di PI sejak tahun 2017. Sebelum adik Hakimi menyertai kelas ICT, dia hanya tahu mengenai youtube dan kurang pengetahuan mengenai ICT terutamanya pendedahan mengenai aplikasi yang boleh digunakan untuk pembelajaran harian.

Antara kelas-kelas ICT yang disertai adalah Pengenalan kepada Email, Microsoft Word, Microsoft Powerpoint, Microsoft Publisher, paint dan Education Games. Selepas mendapat bimbingan dari PI Pasoh 2, adik hakimi sudah mahir dengan penggunaan microsoft office seperti microsoft word, microsoft powerpoint dan microsoft publisher. Di samping itu juga, adik Hakimi juga telah mempunyai emel sendiri. Sekarang adik Hakimi sedang belajar mengenai Microsoft excel. Semoga adik Hakimi terus maju dan mahir dalam ICT.


Nuryatul Binti Muhamad Nor (Usahawan Online)

Nuryatul merupakan Pengurus Pusat Ekonomi Digital 1 Felda Pasoh 2. Penglibatan dalam perniagaan online bermula pada awal tahun 2017. Hal ini kerana peluang yang sedia ada dan persiapan untuk mengajar para usahawan dalam komuniti. Sebagai tenaga pengajar di Pusat Ekonomi Digital untuk mengajar usahawan beliau perlu menjadi usahawan untuk memudahkan proses pembelajaran serta dapat berkongsi ilmu dengan usahawan-usahawan lain.

Antara produk business online yang beliau jual adalah penapis air Cuckoo, Tupperware brand dan Mary Kay. Menariknya adalah menjadi usahawan online beliau dapat berkongsi ilmu bersama usahawan lain bagaimana cara-cara untuk mempromosikan produk secara online di sosial media. Selain itu, memberi bimbingan dan galakan kepada usahawan untuk menghasilkan blog perniagaa sendiri dan bahan-bahan promosi hasil kerja sendiri.

Setiap bulan kelas E-Usahawan akan diadakan di Pusat Ekonomi Digital untuk para usahawan dalam komuniti belajar ICT dan cara-cara yang menarik untuk mempromosikan produk mereka. Beliau mengambil peluang ini untuk berkongsi ilmu bersama para usahawan yang lain.


Norlela Binti Ibrahim (Usahawan Online)

Cik Norlela baru sahaja tamat belajar Tingkatan 6 di Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Kikir (Model Khas). Sementara menunggu panggilan untuk sambung belajar ke peringkat seterusnya cik Norlela bekerja di kedai makan dan mula menceburi business online pada tahun 2018. Cik Norlela menjual gadget seperti power bank, telefon bimbit serta beg tangan wanita. Dengan bimbingan yang telah diberikan kini Cik Norlela sudah tahu cara-cara yang lebih berkesan untuk mempromosikan perniagaan online di laman sosial.

Menjadi ahli Pusat Ekonomi Digital membolehkan Cik Norlela belajar ICT dan menyertai kelas E-usahawan yang dianjurkan oleh Pusat Ekonomi Digital . Di samping itu, Cik Norlela juga boleh meletakkan produk yang di jual di sini. Kepada yang berminat untuk membeli gadget yang murah daripada Cik Norlela anda semua boleh mengikuti Instagram perniagaan Cik Norlela iaitu TrustSellerMurah untuk melihat gadget-gadget yang dijual oleh beliau.


Zuraidah Binti Yunus (Usahawan Online)

Puan Zuraidah merupakan suri rumahtangga. Beliau mula menjahit bermula pada tahun 2009. Selain menjahit puan Zuraidah juga mengambil upah sebagai pengasuh kanak-kanak. Kebiasaannya puan Zuraidah banyak menerima tempahan baju kurung dan baju fesyen. Puan Zuraidah tidak beberapa mahir dengan penggunaan ICT, namum beliau mempunyai minat yang tinggi untuk belajar ICT di Pusat Ekonomi Digital .

Beliau sudah memiliki akaun facebook sendiri dan kini dalam proses untuk menghasilkan facebook page perniagaan beliau. Walaupun Puan Zuraidah mengambil masa untuk belajar ICT , Pusat Ekonomi Digital tetap akan memberi bimbingan sehingga Puan Zuraidah mahir dan dapat menghasilkan page perniagaan beliau.


Muhammad Nur Hadif Bin Hamizan (Celik IT)

Muhammad Nur Hadif bin Hamizan merupakan pelajar tahun 4 Sekolah Kebangsaan Pasoh 2 (F). Adik Hadif menyertai kelas ICT sejak tahun 2017. Antara kelas-kelas ICT yang disertai adalah Pengenalan kepada Email, Microsoft Word, Microsoft Powerpoint, Microsoft Publisher, microsoft excel dan Education Games. Selepas mendapat bimbingan dari Pusat Ekonomi Digital Pasoh 2, adik Hadif sudah mahir dengan penggunaan micorsoft office seperti microsoft word, microsoft powerpoint, excel dan microsoft publisher.

Di samping itu juga, adik Hadif juga sudah memiliki emel sendiri. Selain itu juga, adik Hadif juga diberi pendedahan kepada pembelajaran advokasi seperti buli Siber, gangguan seksual online dan mengenai portal sebenarnya.my. Tambahan lagi, adik Hadif turut didedahkan dengan pembelajaran melalui multimedia seperti video senaman minda. Terdapat juga aktiviti sampingan lain iaitu E-Learning ¬education games untuk subjek pembelajaran harian di sekolah. Kini, adik Hadif sudah mahir dalam microsoft office dan boleh berkongsi ilmu dengan rakan-rakan lain. Di samping itu juga, adik Hadif sudah tahu memanfaatkan aktiviti melayari internet seperti penggunaan google translate dan pencarian maklumat di Internet .


Nur Adriana Bin Hafiz (Celik IT)

Nur Adriana binti Hafiz merupakan pelajar tahun 2 Sekolah Kebangsaan Pasoh 2 (F). Adik Adriana menyertai kelas ICT sejak tahun 2017. Antara kelas-kelas ICT yang disertai adalah Pengenalan kepada Email, Microsoft Word, Microsoft Powerpoint, Microsoft Publisher, paint dan E-Learning.

Sebelum ini, adik Adriana kurang mahir dengan penggunaan microsoft office setelah banyak kali menyertai kelas ICT adik Adriana semakin mahir dan faham kegunaan microsoft office. Di samping itu juga, adik Adriana suka membuat aktiviti D.I.Y di Pusat Ekonomi Digital . Selain daripada itu, adik Adriana aktif dalam kelas ICT terttamanya pembelajaran melalui e-Learning education games seperti Oh My English, Kahoot, Quizizz, jigsaw puzlle dan word Search Games di internet.


Hazlina Binti MD Jani (Usahawan)

Hazlina Binti Md Jani telah memulakan perniagaan pada tahun 2012. Pada peringkat permulaan beliau membuka kedai makan dengan menyewa kedai majlis daerah. Kemudian Hazlina mendapat tender di Kantin kilang sawit selama 2 tahun iaitu dari tahun 2015 hingga tahun 2017. Beliau juga pernah menceburi perniagaan secara online dengan menjual produk kecantikan. Kini beliau telah memiliki kedai makan sendiri. Nama Kedai makan beliau adalah Putra Baning Corner. Azlina berazam untuk memperluaskan perniagaan dan sekarang beliau telah membuat makanan frozen iaitu karipap Putra Baning Frozen.

Azlina sentiasa menjadikan Pusat Ekonomi Digital sebagai tempat rujukan untuk mempromosikan perniagaan yang sedang diusahakan. Di samping itu, Azlina turut hadir ke Pusat Ekonomi Digital untuk belajar mengenai facebook page bagi produk kecantikan. Selain itu, beliau turut hadir ke Pusat Ekonomi Digital untuk belajar cara-cara membuat sticker bagi produk makanan frozen beliau. Menurut Azlina, beliau akan terus belajar dan menggunakan kemudahan yang ada di Pusat Ekonomi Digital bagi memudahkan urusan dan menambah ilmu ICT.


Nor Insyirah Izzati Binti Jamal (Usahawan)

Nor Insyirah Izzati Binti Jamal merupakan lepasan pelajar Institut Kemahiran Belia Negara IBKN Miri, Sarawak dalam kelulusan SKM tahap 3 Penyediaan Pastri. Baru saja tamat belajar bulan Julai 2018. Sebagai permulaan Insyirah ingin mempraktikkan kemahiran yang dimiliki dengan menghasilkan kek pastri dan mencuba untuk menerima tempahan daripada pelanggan. Hal ini menyebabkan Insyirah mahu melibatkan diri secara serius dalam perniagaan kek pastri.

Pusat Ekonomi Digital turut membantu Insyirah dari segi mempromosikan video kek Pastri hasil tangan beliau sendiri. Di samping itu juga, Insyirah menjadikan Pusat Ekonomi Digital sebagai tempat rujukan terutamanya hal-hal berkaitan ICT. Kepada yang berminat untuk membuat tempahan kek boleh hubungi Insyirah di talian 017-6752596.


Nur Iman Ibtisam Binti Mazzain (Celik IT)

Nur Iman Ibtisam Binti Mazzain berumur 8 tahun bersekolah di Sekolah Kebangsaan Pasoh Dua (Felda). Sebelum adik Iman menyertai kelas ICT, dia tidak tahu menggunakan Ms.Office dan kurang pengetahuan mengenai ICT. Selepas mendapat bimbingan dari Pusat Ekonomi Digital Felda Pasoh 2, adik Iman sudah mahir dengan penggunaan micorsoft office seperti microsoft word dan microsoft powerpoint.

Di samping itu juga, adik Iman seorang yang sangat rajin dan sentiasa bersemangat untuk belajar di dalam kelas ICT. Antara pembelajaran yang telah dipelajari adik Iman ialah microsoft office, E-Learning, D.I.Y, Soft Skill-Story telling dan CATs Program.


Ierzahan Fardrin Bin Muhammad Zin (Celik IT)

Ierzahan Fardrin Bin Muhammad Zin berumur 16 tahun bersekolah di Sekolah Magnet SMK Felda Pasoh 2. Sebelum Ierzahan menyertai kelas ICT, dia tahu mengenai asas Microsoft office dan kurang pengetahan mengenai perisian dalam komputer yang boleh dipelajari selain microsoft office. Adik Ierzahan menyertai kelas ICT sejak tahun 2017.

Sehingga sekarang adik Ierzahan masih menyertai kelas ICT di Pusat Ekonomi Digital , walaupun jadual belajar padat, adik Ierzahan tetap mencari peluang untuk belajar ICT. Adik Ierzahan juga turut menyertai CATs Program. Sekarang adik Ierzahan belajar mengenai Multimedia dalam editing Adobe photoshop. Adik Eirzahan berminat belajar Editing dan berharap dapat menjadikan kemahiran editing ini sebagai kemahiran yang boleh dijadikan sumber pendapatan sempena cuti sekolah nanti.


Marlinawati Binti Mohd Yunus (Usahawan)

Puan Marlinawati binti Mohd Yunus merupakan suri rumahtangga. Beliau baru berjinak-jinak dengan perniagaan online bermula September 2018. Beliau bermula sebagai dropships produk-produk kecantikan dan baja tanaman. Beliau sangat aktif mempromosikan produk di Facebook. Di samping itu, beliau turut menyertai Apps J sebagai salah satu Apps yang boleh menjana pendapat secara online.

Antara pembelajaran yang telah dipelajari oleh Puan Marlinawati di Pusat Ekonomi Digital adalah membuat akaun gmail, cara-cara mempromosikan produk dan editing gambar perniagaan menggunakan smart phone. Puan Marlinawati sering menjadikan Pusat Ekonomi Digital sebagai tempat rujukan untuk beliau mempelajari ilmu-ilmu ICT sehingga hari ini.


Roseny Binti Md Sali (Usahawan)

Roseny binti Md Sali baru menceburi bidang keusahawanan dengan perniagaan Ayam Rangka Mini bermula pada bulan Ogos 2018. Beliau baru memceburi bidang perniagaan ini bersama dengan adik bongsu beliau dan menjalankan perniagaan Ayam Rangka Mini di rumah. Puan Roseny mengambil peluang untuk menimba ilmu di Pusat Ekonomi Digital bagi menambah ilmu keusahawanan untuk memajukan perniagaan beliau.

Antara Kelas Keushawanan yang disertai oleh beliau di Pusat Ekonomi Digital seperti “Mencipta Website Bersama Viralniaga.com”, “facebook page pernigaan” dan “teknik membuat video” bagi mempromosikan perniagaan beliau. Puan Roseny sering menjadikan Pusat Ekonomi Digital sebagai rujukan hal-hal yang berkaitan ICT dan suka mengambil peluang untuk menambah ilmu pengetahuan ICT. Semoga dengan bimbingan daripada Pusat Ekonomi Digital dapat membantu Puan Roseny untuk memajukan perniagaan Ayam Rangka Mini yang telah diusahakan oleh beliau. Kepada yang berminat untuk membuat tempahan ayam Rangka Mini RM1.00 anda boleh menghubungi Puan Roseny di talian 0172918517.


Taffa Azmizan Bin Tahir (Usahawan)

Taffa Azmizan Bin Tahir lepasan ijazah dalam bidang Plantation Management dan merupakan belia dalam komuniti Felda Pasoh 2. Sebelum ini Taffa bekerja Part time di Kilang kayu dan Seven Eleven. Kini, Taffa membantu ibunya berniaga dihadapan rumah beliau dengan membuka gerai makan. Kedai makan yang diusahakan oleh ibu beliau telah beroperasi sejak tahun 2006.

Di samping itu, Taffa turut menjual pelbagai jenis Burger seperti burger ikan, burger daging, burger benjo dan burger ayam. Taffa sering mengunjungi Pusat Ekonomi Digital untuk menggunakan kemudahan internet. Di samping itu, Taffa juga menyertai kelas ICT dan kelas E-usahawan yang dianjurkan oleh Pusat Ekonomi Digital . Semoga Taffa terus menjadikan Pusat Ekonomi Digital sebagai tempat rujukan untuk mempertingkat ilmu ICT dan memajukan perniagaan yang diusahakan oleh ibu beliau.


Khaliesah Nur Najihah Binti Mohd Fitri Aziz (Celik IT)

Khaliesah Nur Najihah Binti Mohd Fitri Aziz berumur 8 tahun dan bersekolah di Sekolah Kebangsaan Pasoh 2(F). Najihah mula menyertai kelas ICT pada awal tahun 2018. Sekarang Najihah sudah mahir menggunakan Microsoft word dan Microsoft powerpoint, tahu menggunakan google untuk mencari maklumat dan semakin berani untuk berkomunikasi dihadapan rakan-rakan melalui kelas ICT di Pusat Ekonomi Digital .

Di samping itu, Najihah turut menyertai Program Cambridge Accessible Test (CATs) anjuran Pusat Ekonomi Digital dengan kerjasama UNIMAS dan Cambridge University. Program ini adalah untuk peserta menguasai bahasa Inggeris melalui pembelajaran secara online .Najihah telah tamat semua latihan di website CATs dan akan menduduki Final Exam CATs pada Januari 2019.


Muhammad Iqbal Bin Yusri (Celik IT)

Muhammad Iqbal bin Yusri berumur 8 tahun dan bersekolah di Sekolah Kebangsaan Pasoh 2 (F). Iqbal mula menyertai kelas ICT pada awal tahun 2018. Sejak Iqbal menyertai kelas ICT, pelbagai perkembangan yang telah ditunjukkan antaranya tahu menggunakan microsoft office seperti microsoft word, microsoft powerpoint dan microsoft excel. Di samping itu, Iqbal mudah belajar melalui multimedia seperti video pengajaran, belajar mengenai nilai-nilai murni,melalui e-Learning education games seperti, Oh My English, Kahoot, Quizizz, typing speed challenge dan word Search Games di internet.

Selain daripada itu, Iqbal juga sudah menpunyai keyakinan diri untuk berucap dihadapan orang ramai seperti menyertai story telling competition di dalam kelas ICT. Disamping itu, Iqbal juga Menyertai Program Cambridge Accessible Test (CATs) anjuran Pusat Ekonomi Digital dengan kerjasama UNIMAS dan Cambridge University. Program ini adalah untuk peserta menguasai bahasa Inggeris melalui pembelajaran secara online .Iqbal telah tamat semua latihan di website CATs dan akan menduduki Final Exam CATs pada Januari 2019 .


Nor Hazirah Hazwani Binti Jamal (Usahawan)

Nor Hazirah Hazwani binti Jamal berumur 24 tahun dan menetap di Felda Pasoh 2. Tahun ini merupakan tahun pertama Hazirah menceburi bidang keusahawan. Sebelum Hazirah menjadi usahawan, Hazirah juga pernah menyertai kelas ICT di Pusat Ekonomi Digital antaranya Kelas Pengenalan Adobe Photoshop dan Pertandingan Adobe Photoshop.

Setelah Hazirah menjadi usahawan Pusat Ekonomi Digital , beliau menambah ilmu editing menggunakan Adobe photoshop untuk menghasilkan sticker perniagaan bagi produk Choco Cup yang beliau jual kepada pelanggan. Di samping itu juga, beliau berpeluang menjual produk di Pusat Ekonomi Digital dan sekali gus mempromosikan produk beliau kepada komuniti. Kepada yang berminat untuk membuat tempahan choco cup untuk majlis kenduri atau jamuan boleh hubungi hazirah di talian 013-6466761.


Noratiqah Binti Muhamad (Usahawan)

Noratiqah Binti Muhamad atau lebih mesra dengan panggilan Tiqah merupakan suri rumah sepenuh masa. Beliau berumur 28 tahun dan baru tahun ini mencuba untuk menjadi usahawan dengan menjual Tiqah’s Crepe Homemade.

Beliau sangat rajin menyertai kelas-kelas usahawan yang dianjurkan oleh Pusat Ekonomi Digital Felda Pasoh 2 seperti Kelas usahawan membuat Ice Cream homemade dan kelas Usahawan Kek Viral. Dengan menyertai kelas usahawan tersebut Tiqah mendapat idea baru untuk menceburi bidang keusahawanan. Sebelum ini Tiqah kurang mahir dengan penggunaan ICT. Selain daripada itu, beliau juga dapat menambah pengetahuan ICT dan belajar mempromosikan produk di sosial media. Kepada yang ingin mencuba Tiqah’s Crepe Homemade boleh membuat tempahan di talian 011-10871581.


Nur Insyirah Binti Yusri (Celik IT)

Nur Insyirah binti Yusri, berumur 9 tahun dan bersekolah di Sekolah Kebangsaan Pasoh 2 (F). Insyirah mula menyertai kelas ICT pada awal tahun 2017. Insyirah sangat rajin menyertai kelas ICT dan merupakan pelajar yang bijak serta cepat faham mengenai topik-topik pembelajaran yang telah dipelajari di Pusat Ekonomi Digital .

Selain daripada itu juga, Insyirah turut menyertai Program Cambridge Accessible Test (CATs) anjuran Pusat Ekonomi Digital dengan kerjasama UNIMAS dan Cambridge University. Program ini membolehkan peserta memahami dan menguasai Bahasa Inggeris dengan mudah. Kini, Insyirah telah tamat semua latihan di website CATs dan akan menduduki Final Exam CATs. Di samping itu, Insyirah juga boleh menggunakan microsoft office dengan baik dan sudah tahu menggunakan internet untuk mencari bahan rujukan.


Muhammad Danish Haikal Bin Kamarulzaman (Celik IT)

Muhammad Danish Haikal bin Kamarulzaman, berumur 10 tahun dan bersekolah di Sekolah Kebangsaan Pasoh 2 (F). Haikal mula menyertai kelas ICT pada awal tahun 2017. Haikal merupakan pelajar yang rajin menyertai kelas ICT di Pusat Ekonomi Digital Felda Pasoh 2. Haikal juga mahir dengan penggunaan Microsoft Office seperti Microsoft word, Microsoft Publisher, Microsoft Powerpoint dan Microsoft excel.

Di samping itu juga, Haikal sudah tahu menggunakan internet untuk mencari maklumat dan menggunakan google translate bagi sesi pembelajaran di dalam kelas ICT. Selain daripada itu, Haikal turut menyertai Program Cambridge Accessible Test (CATs) anjuran Pusat Ekonomi Digital dengan kerjasama UNIMAS dan Cambridge University. Program ini sangat bermanfaat kepada Haikal dan turut membantu Haikal menguasai Bahasa Inggeris dengan mudah. Haikal sentiasa memberi komitmen dalam setiap tugasan ICT yang diberikan dan sedaya upaya menyiapkan tugasan tersebut.


Aiman Nulhakim bin Zainal(Celik IT)

Aiman Nulhakim bin Zainal, berumur 16 tahun dan bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Felda Pasoh 2. Aiman mula aktif menyertai kelas ICT di Pusat Ekonomi Digital pada awal tahun 2019. Di samping belajar melalui Kelas-kelas ICT anjuran Pusat Ekonomi Digital , Aiman juga menyertai pembelajaran melalui kelas digital MAXIS Live eKelas secara percuma di Pusat Ekonomi Digital .

Menurut Aiman, melalui portal tersebut, beliau dapat belajar dan menggunakan bahan rujukan dalam portal tersebut. Aiman juga sering ke Pusat Ekonomi Digital untuk membuat kerja sekolah bersama rakan-rakan lain.


Nabila Roseayu Binti Abdul Rahman(Usahawan)

Puan Nabila Roseayu Binti Abdul Rahman berumur 29 tahun dan menetap di Kampug Lakai. Mula menjadi usahawan pada tahun 2016. Puan Ayu suka menyertai kelas-kelas masakan untuk meningkatan ilmu pengetahuan dalam bidang masakan dan bidang keusahawanan.

Setelah menyertai kelas usahawan di Pusat Ekonomi Digital , Puan Ayu telah membuat produk makanan untuk dijual kepada pelanggan. Selain daripada itu juga, beliau dapat menambah pendapat sampingan melalui kelas usahawan di Pusat Ekonomi Digital . Puan Ayu sentiasa memberi komitmen dalam menyertai kelas usahawan di Pusat Ekonomi Digital .


Nur Saadiah Binti Parull(Usahawan)

Nur Saadiah berumur 32 tahun, merupakan suri rumah tangga sepenuh masa. Beliau mula menceburi bidang usahawan pada tahun 2019. Puan Saadiah Menjual pakaian kanak-kanak dirumahnya dengan cara memprosikan melalui WhatsApp Group dan status WhatsApp. Di samping itu, Puan Saadiah juga turut mempromosikan perkhidmatan percetakan yang diusahakan oleh suaminya.

Puan Saadiah mula aktfit menyertai kelas Usahawan di Pusat Ekonomi Digital pada tahun ini dan turut menyertai program Hari Bersama Komuniti Pusat Ekonomi Digital dengan menjual pakaian kanak-kanak. Kini Puan Saadiah semakin aktif menyertai kelas-kelas usahawan yang dianjurkan di Pusat Ekonomi Digital dan aktif dalam mempromosikan produk di sosial media.


Nur Sakinah Binti Mohd Noor Sinayu(Celik IT)

Nur Sakinah Binti Mohd Noor Sinayu, berumur 16 tahun dan bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Pasoh 2. Sakinah mula menyertai kelas ICT dan tuisyen digital MAXIS Live eKelas pada awal tahun 2019. Selain daripada itu juga, Sakinah mengambil peluang untuk menyertai kelas ICT di Pusat Ekonomi Digital .

Selain daripada itu, melalui program MAXIS Live eKelas Sakina dapat bersaing bersama rakan-rakan lain melalui portal eKelas dan mudah Mendapatkan bahan rujukan pembelajaran melalui Portal eKelas. Di samping itu, dapat mempertingkatkan pengetahuan mengenai penggunaan Microsoft Office melalui pembelajaran ICT.


Muhamad Syafiq bin Mohd Shat (Usahawan)

Muhamad Syafiq bin Mohd Shat berumur 30 tahun dan menetap di Felda Pasoh 2. Syafiq Membuat kerja part time sebagai pemandu Uber di kawasan Kuala Lumpur membuka peluang kepada beliau menjadi Usahawan dengan menjual Ais Krim Durian secara Charge On Delivery di kawasan Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan. Syafiq mula menjadi usahawan bermula pada tahun ini.

Encik Syafiq menunjukkan minat untuk menyertai kelas usahawan di Pusat Ekonomi Digital . Sebelum ini, Encik Syafiq pernah menyertai kelas ICT di Pusat Ekonomi Digital . Kali ini beliau ingin menyertai kelas usahawan untuk belajar cara-cara mempromosikan produk dengan lebih berkesan dan menambah kemahiran ICT yang lain. Kepada yang berminat untuk mencuba ais krim durian boleh hubungi Encik Syafiq di talian 0136261924.


Muhammad Danish Hafizi Bin Kamarulzaman (Celik IT)

Muhammad Danish Hafizi Bin Kamarulzaman berumur 7 tahun dan bersekolah di Sekolah Kebangsaan Pasoh 2 (F). Adik Hafizi mula menyertai kelas ICT di Pusat Ekonomi Digital pada awal tahun 2019. Kerajinan adik Hafizi menghadiri kelas ICT membolehkan beliau mahir dalam Microsoft Word. Sekarang adik Hafizi mempunyai pengetahuan mengenai peralatan komputer, mempunyai pengetahuan mengenai penggunaan Internet dan mahir menggunakan Microsoft Word.

Sebelum ini, adik Hafizi tidak tahu internet mempunyai banyak kegunaan dan tidak tahu menggunakan Microsoft office. Semoga adik Hafizi terus belajar ICT sehingga mahir dengan aplikasi-aplikasi lain di dalam komputer dan menjadi pelajar contoh kepada rakan-rakan di dalam kelas ICT.


Siti Juwairiyah Binti Omar (Usahawan)

Puan Juwairiyah merupakan suri rumah sepenuh masa. Beliau mula terlibat dalam ikan keli salai sejak tahun 2017. Beliau menjual kepada kedai-kedai runcit di luar kawasan yang terdekat dengan tempat tinggal. Puan Juwairiyah sering menyertai kelas-kelas usahawana dan kelas ICT di Pusat Ekonomi Digital .

Hal ini kerana Puan Juwairiyah suka menuntut ilmu dan menambah pengetahuan dalam ICT. Selain daripada itu, Puan Juwairiyah juga suka menjadikan Pusat Ekonomi Digital sebagai tempat rujukan untuk membuat alat promosi perniagaannya. Bagi yang berminat untuk menempah ikan keli salai boleh hubungi Puan Juwairiyah 011-56981584.


Salena Binti Said (Usahawan)

Puan Salena berumur 40 tahun dan merupakan ibu tunggal. Beliau mula menceburi bidang perniagaan pada Julai 2019. Pada permulaan beliau mendaftar sebagai agen Coway dan melalui Coway tersebut, tercetusnya idea untuk menjual Air Batu Campur (ABC). Beliau membuat ABC dan menjual dari rumah dan membuat penghantaran rumah ke rumah.

Sebelum ini, Puan Salena jarang mempromosikan produk yang dijual, setelah menjadi usahawan Pusat Ekonomi Digital , Puan Salena aktif mempromosikan produk yang dijual di sosial media seperti WhatsApp dan juga Facebook. Selain itu juga, Puan Salena mengambil peluang untuk belajar jika berkelapangan di Pusat Ekonomi Digital bagi menambah ilmu usahawan dan ICT.


Muhammad Syamsul (Celik IT)

Muhammad Syamsul Bin Razali, berumur 14 tahun dan bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Felda Pasoh 2. Syamsul mula aktif menyertai kelas ICT di Pusat Ekonomi Digital pada tahun 2017. Di samping menyertai kelas ICT seperti Microsoft Office dan editing Adobe Photoshop, Adik Syamsul juga turut menyertai pertandingan Design Adobe Photoshop yang dianjurkan di Pusat Ekonomi Digital .

Selain daripada itu, Syamsul juga menyertai tusyen digital melalui MAXIS eKelas di Pusat Ekonomi Digital Felda Pasoh 2. Semoga Adik Syamsul terus konsistan menyertai kelas ICT dan aktitivi ICT di Pusat Ekonomi Digital .


Miya Shafinaz Binti Md Zahari (Celik IT)

Miya Shafinaz Binti Md Zahari merupakan pelajar Sekolah Kebangsaan Pasoh 2 (F). Adik Miya mula menyertai kelas ICT di Internet pada awal tahun 2019. Antara pembelajaran yang telah dipelajari oleh adik Miya adalah Microsoft office seperti microsft word, microsoft powerpoint dan microsoft excel.

Selain daripada itu, adik Miya juga belajar mencari maklumat menggunakan google dan membuat nota pembelajaran sendiri. Sikap adik Miya yang rajin menghadiri kelas ICT dan mencari peluang untuk belajar ICT di Pusat Ekonomi Digital menjadi contoh kepada kawan-kawan lain untuk menyertai kelas ICT. Semoga adik Miya akan terus minat untuk belajar dan menambah lagi pengetahuan ICT di Pusat Ekonomi Digital


Encik Mohd Adam Bin Sulaiman(Usahawan)

Encik Mohd Adam Bin Sulaiman bekerja sebagai pengawal keselamatan di Sekolah Menengah Felda Pasoh 2. Selain daripada itu, Encik adam juga mempunyai bisness sampingan iaitu menjual cincin homemade yang mana cincin tersebut dibuat sendiri oleh encik Adam untuk pelanggan. Encik Adam memulakan kerjaya sebagai tukang cincin perak dan membuat batu permata pada tahun 2010, bertempat dikediaman rumahnya.

Encik adam mula menyertai kelas ICT pada tahun 2019, beliau minat untuk belajar teknik mengambil video dan cara-cara menghasilkan video. Encik Adam sekarang sudah mempromosikan video cincinnya di youtube channel beliau sendiri. Di samping itu, encik Adam juga ingin melibatkan diri sebagai youTuber dan telah mengedit pelbagai video bagi memperkembangkan kemahiran editing beliau. Semoga encik Adam maju jaya.


Muhammad Haziq bin Amirudin(Celik IT)

Muhammad Haziq bin Amirudin merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Felda Pasoh 2. Adik Haziq Mula menyertai kelas ICT sejak tahun 2018 di Pusat Ekonomi Digital Felda Pasoh 2. Antara kelas ang telah disertai oleh Adik Haziq adalah microsoft office, kelas Adobe photoshop dan kelas video editing using filmora.

Di samping itu juga, Adik Haziq turut juga menyertai program MAXIS Live eKelas di Pusat Ekonomi Digital Felda Pasoh 2. Adik haziq sentiasa menunjukkan minat terhadap ICT dan memberi komitmen dalam pembelajaran ICT. Sekiranya terdapat perkara yang tidak difahami terutamanya berkaitan ICT, adik Haziq sentiasa mejadikan Pusat Ekonomi Digital sebagai tempat rujukan. Moga Adik Haziq terus berusaha untuk lebih cemerlang dalam ICT dan matapelajaran lain.


Encik Muhamad Safuan Bin Mayudin(Usahawan)

Encik Muhamad Safuan Bin Mayudin merupakan peniaga air tebu. Beliau telah menjual air tebu sejak tahun 2018. Beliau kini menjual air tebu di Balai Raya Felda Pasoh 2. Selain daripada itu, Encik Safwan juga menerima tempahan air tebu sekiranya ada permintaan untuk majlis kenduri, jamuan makan dan lain-lain.

Encik Safuan mula menyertai Kelas ICT di Pusat Ekonomi Digital pada tahun 2019. Beliau belajar mengenai link WhatsApp untuk memudahkan beliau mempromosikan Air tebu beliau. Semoga Encik Safuan akan lebih kerap menyertai kelas ICT di Pusat Ekonomi Digital dan selamat maju jaya dalam perniagaan air tebu.


Puan Rifisah binti Hussin (Usahawan)

Puan Rifisah binti Hussin merupakan suri rumah sepenuh masa dan merupakan usahawan online dengan menjual produk-produk kesihatan seperti ubat gigi mukmin, jamu dan sabun pencuci muka. Puan Rifisah mula menceburi perniagaan online pada tahun 2016 bagi menambah pendapatan keluarga. Puan Rifisah sering menjadikan Pusat Ekonomi Digital sebagai tempat rujukan untuk beliau menghasilkan invoice perniagaan. Di samping itu, Puan Rifisah juga terlibat dengan kelas-kelas keusahawan yang dianjurkan di Pusat Ekonomi Digital . Semoga dengan ilmu yang diperoleh melalui kelas keusahawan memberi manfaat kepada Puan Rifisah untuk memajukan perniagaan beliau.


Puan Juliazlina Binti Aichsan (Usahawan)

Puan Juliazlina Binti Aichsan merupakan peniaga kuih-muih. Beliau telah menceburi bidang perniagaan sejak tahun 2010. Beliau membuat kuih di rumah dan menjualnya kepada orang ramai. Selain daripada itu, Puan Jualiazlina juga menerima tempahan kuih raya semasa musim perayaan. Puan Juliazlina mula menyertai Kelas ICT di Pusat Ekonomi Digital pada tahun 2020. Beliau menyertai kelas usahawan anjuran Pusat Ekonomi Digital untuk mempelajari cara-cara membuat profile perniagaan dan rekod kewangan bagi perniagaan beliau. Moga Puan Juliazlina akan konsisten menyertai kelas-kelas yang dianjurkan di Pusat Ekonomi Digital Felda Pasoh 2.


Puan Massarah Binti Musa (Usahawan)

Puan Massarah Binti Musa merupakan peniaga secara “online” dan “offline” sejak tahun 2014. Beliau kini merupakan perniaga di UiTM Kuala Pilah bermula pada tahun 2019. Puan Massarah mula menyertai Kelas ICT di Pusat Ekonomi Digital pada tahun 2020. Beliau menjadikan Pusat Ekonomi Digital sebagai rujukan untuk membuat surat dan mempromosikan perniagaan beliau. Moga Puan Massarah terus maju dalam perniagaan yang sedang diusahakan dan sentiasa menjadikan Pusat Ekonomi Digital sebagai rujukan untuk perniagaan dan ilmu-ilmu ICT yang lain.


Nurene Hainiz Binti Abdullah (Celik IT)

Nurene Hainiz Binti Abdullah merupakan pelajar tahun 5 Sekolah Kebangsaan Pasoh 2 (F). Adik Nurene Mula menyertai kelas ICT sejak tahun 2018 di Pusat Ekonomi Digital Felda Pasoh 2. Antara kelas yang telah disertai oleh Adik Nurene adalah microsoft word, Microsoft Powerpoint, kelas “Introduction to Scratch” dan kelas “Do it yourself (D.I.Y)”.

Adik Nurene sentiasa menunjukkan minat terhadap ICT dan memberi komitmen dalam pembelajaran ICT. Di samping itu, adik Nurene turut menjadikan Pusat Ekonomi Digital sebagai tempat untuk membuat kerja sekolah bersama rakan-rakan kelas yang lain. Moga Adik Nurene terus bersemangat menjadi cemerlang dalam ICT dan matapelajaran lain.


Nurene Hainiz Binti Abdullah (Celik IT)

Noor Tatia Shuhada Binti Noorazmi merupakan pelajar tahun 6 Sekolah Kebangsaan Pasoh 2 (F). Adik Tatia Mula menyertai kelas ICT sejak tahun 2020 di Pusat Ekonomi Digital Felda Pasoh 2. Antara kelas yang telah disertai oleh Adik Tatia adalah “Making Video by Microsoft Powerpoint”, kelas “Introduction to Scratch” dan turut menyertai Taklimat Advokasi yang dianjurkan di Pusat Ekonomi Digital .

Di samping itu juga, Adik Tatia turut juga menyertai program MAXIS Live eKelas di Pusat Ekonomi Digital Felda Pasoh 2. Adik Tatia sentiasa memberi komitmen dalam pembelajaran kelas ICT yang disertainya dan sentiasa konsistan hadir ke kelas setiap kali Pusat Ekonomi Digital mengadakan Kelas ICT. Moga Adik Tatia terus konsistan belajar dan mendapat keputusan cemerlang dalam pelajaran.


Affandi bin Mahadi (Usahawan)

Affandi bin Mahadi bekerja sebagai material handler. Di samping itu juga, Affandi turut menjana pendapatan sebagai pelukis seni potret. Beliau mula menjana pendapat sebagai pelukis seni potret pada tahun 2015. Affandi menerima tempahan daripada pelanggan melalui atas talian dan face to face dengan pelanggan.

Sebelum ini Affandi Pernah menyertai Program Cambridge Accessible Test (CAT) di Pusat Ekonomi Digital semasa zaman belajar di Kolej Komuniti. Selain daripada itu, sentiasa menggunakan perkhidmatan Pusat Ekonomi Digital untuk menyiapkan tugasan assignment di Pusat Ekonomi Digital . Sekarang Affandi bekerja sepenuh masa dan kegigihan dan minat Affandi terhadap seni potret mendapat perhatian daripada artis tempatan. Semoga Affandi maju jaya dalam mencari pendapat sampingan dan menjadi pelukis terkenal pada masa akan datang.


Nor Aziraa binti Salleh(Usahawan)

Puan Nor Aziraa binti Salleh merupakan peniaga kedai makan.. Beliau memulakan perniagaan kedai makan sejak tahun 2020. Puan Aziraa merupakan pemilik kedai makan Cabut lari Corner bertempat di Felda Pasoh 2. Puan Aziraa telah memulakan perniagaan kedai makan sejak tahun 2020. Gerai Cabut Lari Corner ini beroperasi setiap hari bermula seawal 6.00 pagi hingga 2 petang. Antara menu yang disediakan adalah sarapan pagi dan pelbagai menu makanan tengah hari.

Puan Aziraa sering menggunakan perkhidmatan Pusat Ekonomi Digital seperti Photostat dan laminate. Selain daripada itu, Puan Aziraa turut mengambil peluang untuk belajar di Pusat Ekonomi Digital melalui kelas ICT secara personal di Pusat Ekonomi Digital Felda Pasoh 2. Semoga Puan Aziraa terus menjadikan Pusat Ekonomi Digital sebagai tempat rujukan untuk beliau manfaatkan bagi mendapat ilmu-ilmu ICT dan ilmu keusahawanan.


Nur Najmina Atiqah Binti Mohd Azaman (Celik IT)

Najmina Atiqah merupakan pelajar tingkatan 5 dan bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Kikir. Najmina menjadi ahli Pusat Ekonomi Digital pada tahun 2019. Najmina sangat konsisten menyertai MAXIS eKelas di Pusat Ekonomi Digital Felda Pasoh 2. Di samping itu, Najmina sering melibatkan diri dengan aktiviti Pusat Ekonomi Digital dan menjadikan Pusat Ekonomi Digital sebagai tempat ulangkaji pelajaran bersama rakan-rakan lain.

Tambahan lagi ketika perintah kawalan pergerakan pemulihan Najmina sering mengunjungi Pusat Ekonomi Digital untuk menyiapkan dan mencari maklumat berkenaan kerja kursus SPM dan sering bertanya untuk meminta tunjuk ajar daripada staff Pusat Ekonomi Digital . Moga Najmina terus konsistan belajar dan mendapat keputusan cemerlang dalam pelajaran.


Nur Syamila Binti Mohd Shahadan (Celik IT)

Nur Syamila merupakan pelajar IPT di Kolej Universiti Islam Melaka mengambil diploma dalam jurusan pendidikan awal kanak-kanak. Syamila menjadi ahli Pusat Ekonomi Digital pada tahun 2016. Syamila sering melibatkan diri dengan aktiviti Pusat Ekonomi Digital dan menjadikan Pusat Ekonomi Digital sebagai tempat ulangkaji pelajaran bersama rakan-rakan lain.

Tambahan lagi ketika perintah kawalan pergerakan pemulihan Syamila sering mengunjungi Pusat Ekonomi Digital untuk menyiapkan dan mencari maklumat berkenaan tugasan Universiti dan laporan pendidikan awal kanak-kanak dan sering bertanya untuk meminta tunjuk ajar daripada staff Pusat Ekonomi Digital . Moga Syamila terus konsistan belajar dan mendapat keputusan cemerlang dalam pelajaran.


Arif Azfar bin Muhamad (Celik IT)

Arif Azfar bin Muhamad merupakan pelajar Sekolah Kebangsaan Pasoh 2 (F) dan berumur 10 tahun. Adik Arif menyertai kelas ICT di Pusat Ekonomi Digital sejak tahun 2019. Antara pembelajaran ICT yang dipelajari di Pusat Ekonomi Digital Felda Pasoh 2 adalah Microsoft office seperti microsoft word dan microsoft powerpoint.

Di samping itu, adik Arif juga belajar mencari maklumat dan juga gambar menggunakan google serta menterjemah perkataan dan ayat bahasa Inggeris kepada Bahasa Malaysia menggunakan google translate. Semoga adik Arif terus konsistan dan cemerlang dalam bidang ICT.


Mohamad Asfaadli bin Abd Karim (Celik IT)

Mohamad Asfaadli bin Abd Karim merupakan salah seoerang Ahli Persatuan belia Felda di Pasoh 2. Asfaadli berumur 24 tahun serta memegang jawatan sebagai Ahli Jawatan Kuasa belia Felda Pasoh 2. Asfaadli sangat komited dengan tugas di dalam persatuan.

Hal ini telah mendorong Asfaadli untuk belajar mempertingkatkan kemahiran ICT di Pusat Ekonomi Digital Felda Pasoh 2. Antara pembelajaran ICT yang telag dipelajari adalah Microsoft office iaitu dalam membuat surat rasmi dan juga membuat borang penyertaan program-program persatuan Belia Felda pasoh 2.


Encik Mohd Fitri Aziz Bin Joemane(Usahawan)

Encik Mohd Fitri Aziz Bin Joemane merupakan usahawan dalam bidang pencetakan dan pengiklanan. Beliau mengambil tempahan bunting dan banner dari pelbagai tempat melalui atas talian. Beliau telah menceburi bidang perniagaan sejak tahun 2015. Beliau menjalankan perniagaan di rumah hanya menggunakan platform atas talian seperti facebook page, instagram, whatsApp dan sebagainya.

Encik Fitri mula menyertai Kelas ICT di Pusat Ekonomi Digital pada tahun 2019. Beliau menyertai kelas-kelas usahawan anjuran Pusat Ekonomi Digital untuk mempelajari cara-cara membuat profile perniagaan, rekod kewangan, facebook page, youtube channel dan create shopee account bagi perniagaan beliau. Moga Encik Fitri akan konsisten menyertai kelas-kelas yang dianjurkan di Pusat Ekonomi Digital Felda Pasoh 2.


Encik Fitri bin Hassan(Usahawan)

Encik Fitri bin Hassan bekerja di Majlis Perbandaran Jempol. Beliau telah menceburi bidang perniagaan pada tahun 2019. Produk yang beliau jual adalah Kopi Jempol dan menariknya Kopi Jempol ini adalah kopi homemade yang di ambil daripada Kedah. Beliau juga mempunyai kedai sendiri bagi menjual produk-produk kopi dan teh dalam bentuk sebuk, uncang dan paket di kedai beliau. Selain daripada itu, Encik Fitri turut mengisi masa cuti dengan berniaga Air Balang Padu di Pasar-pasar tadi di area Jempol.

Di samping itu, Encik Fitri turut mennyertai Program Pusat e-Dagang Setempat (PeDAS) di Pusat Ekonomi Digital Felda Pasoh 2. Pelbagai ilmu keusahawan yang diperoleh terutamanya bagi mempromosikan produk Kopi jempol beliau. Kini beliau telah mempunyai akaun FB page Kopi Jempol, IG business Kopi jempol dan akaun Shopee untuk menjual kopi Jempol secara atas talian, moga beliau maju jaya dalam memperkembangkan perniagaan beliau.


Puan Nur Hidayah Syafina Binti Nor Zamri(Usahawan)

Puan Nur Hidayah Syafina Binti Nor Zamri merupakan suri rumahtangga sepenuh masa. Beliau mula menceburi bidang perniagaan pada tahun 2019. Puan Hidayah menjual roti dan kek melalui aplikasi whatsApps dan mengiklankan ke dalam group whatsApps komuniti. Di samping itu juga, Puan Hidayah sentiasa mengambil peluang untuk menghadiri kelas-kelas bakery bagi menambah kemahiran dalam membuat kek.

Selain daripada itu, Puan Hidayah dapat membeli peralatan membuat kek daripada hasil jualan kek dan roti. Puan Hidayah juga, turut hadir ke Pusat Ekonomi Digital untuk mendaftar SSM secara online. Ini merupakan langkah bagi puan Hidayah untuk memperkembangkan lagi perniagaan beliau. Moga puan Hidayah terus konsistan dalam bidang keusahawanan roti dan kek serta menjadikan Pusat Ekonomi Digital sebagai rujukan.


Cik Afrina Nazirah binti Noor Hisham(Usahawan)

Cik Afrina Nazirah binti Noor Hisham baru sahaja menceburi bidang perniagaan bermula Julai 2020 dengan menjadi stokis kuih Kapit Carrpetz. Cik Afrina gigih mencari agen dan menjual produk carrpetz di sosial media. Produk kuih Carrpetz ini mempunyai 3 perisa iaitu cokelat, kacang dan perisa campuran (kacang dan cokelat). Kini beliau telah mempunyai ramai agen dikawasan Negeri Sembilan.

Di samping itu, Cik Afrina juga turut mengambil peluang untuk belajar di Pusat Ekonomi Digital mengenai ilmu berkaitan keusahawanan melalui program Perkhidmatan eDagang Setempat (PeDAS). Melalui program ini Cik Afrina telah memiliki Facebook Page untuk perniagaan beliau, Instagram business dan Akaun shopee sebagai penjual bagi memperluaskan perniagaan produk kuih Carrpetz beliau.


Puan Hurul Ra'eina binti Azizan(Usahawan)

Puan Hurul Ra'eina binti Azizan baru sahaja menceburi bidang perniagaan online pada tahun 2020. Puan Hurul bekerja di sektor kerajaan dan menambah pendapatan dengan menjual produk secara online. Puan Hurul mula menyertai Program e-Dagang Setempat (PeDAS) di Pusat Ekonomi Digital Felda Pasoh 2 pada bulan September 2020.

Antara pembelajaran yang dipelajari di Pusat Ekonomi Digital Felda Pasoh 2 adalah ilmu-ilmu keusahawanan bagi mempromosikan produk perniagaan melalui atas talian. Sekarang Puan Hurul telah memiliki Facebook Page untuk perniagaan beliau, Instagram business dan Akaun shopee sebagai penjual bagi memperluaskan perniagaan produk secara atas talian.


Nur Dini Dania binti Mohd Mosatakim(Celik IT)

Nur Dini Dania binti Mohd Mosatakim merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Pasoh 2 (F) dan berumur 13 tahun. Adik Dania mula menyertai kelas ICT di Pusat Ekonomi Digital pada tahun 2018. Antara pembelajaran yang telah dipelajari di Pusat Ekonomi Digital termasuklah Microsoft Office, introduction to Scratch dan penggunaan Internet untuk mencari maklumat.

Selain daripada itu juga, Adik Dania juga turut menyertai MAXIS live eKelas yang telah di Perkenalkan di Pusat Ekonomi Digital Felda Pasoh 2 pada tahun 2019. Adik Dania sangat komited dalam menyiapkan tugas-tugas semasa sesi eKelas dijalankan. Di samping itu, Adik Dania rajin mengulangkaji pelajaran bersama rakan di Pusat Ekonomi Digital .


Nur Alyaa Mardhiah binti Muhamad(Celik IT)

Nur Alyaa Mardhiah binti Muhamad merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Pasoh 2 (F) dan berumur 14 tahun. Adik Mardhiah mula menyertai kelas ICT di Pusat Ekonomi Digital pada tahun 2019. Antara pembelajaran yang telah dipelajari di Pusat Ekonomi Digital termasuklah Microsoft Office dan penggunaan Internet untuk mencari maklumat.

Selain daripada itu juga, Adik Mardhiah juga turut menyertai MAXIS live eKelas yang telah di Perkenalkan di Pusat Ekonomi Digital Felda Pasoh 2 pada tahun 2019. Adik Mardhiah seronok belajar melalui eKelas kerana dapat menambahbaik pembelajaran di sekolah terutamanya matapelajaran Bahasa Inggeris.


Puan Salmah binti Saliman(Usahawan)

Puan Salmah binti Saliman merupakan pengusaha kedai runcit Rizqy House. Beliau membuka kedai runcit pada tahun 2019. Terdapat pelbagai barang keperluan harian dan makanan basah yang dijual di kedai runcit beliau. Beliau menggunakan group WhatsApps bagi mempromosikan dan menghebahkan mengenai stok barang yang terdapat di kedai runcitnya.

Puan Salmah menjadikan Pusat Ekonomi Digital Sebagai rujukan untuk mengisi borang secara atas talian. Di samping itu, Puan Salmah juga belajar cara mendaftar SSM secara atas talian di Pusat Ekonomi Digital . Staf Pusat Ekonomi Digital sering membantu Puan Salmah kerana minat beliau untuk belajar ilmu ICT dan ilmu keusahawanan di Pusat Ekonomi Digital . Moga Kedai Runcit Rizqy House semakin maju dan dapat membantu komuniti mendapatkan barang keperluan di kedai tersebut.


Nur Mia Qaisara Binti Redhuan(Celik IT)

Nur Mia Qaisara binti Redhuan merupakan pelajar Sekolah Kebangsaan Pasoh 2 (F) dan berumur 10 tahun. Adik Mia mula menyertai kelas ICT di Pusat Ekonomi Digital pada tahun 2019. Bermula dari pembelajaran Basic ICT sertaMicrosoft Office seperti Microsoft Word dan Microsoft Powerpoint.

Di samping itu juga, adik Mia belajar mengenai penggunaan Internet untuk mencari maklumat berkaitan pembelajaran harian dan pembelajaran di sekolah. Sekarang adik Mia sudah boleh mencari maklumat di internet dan mengumpul maklumat tersebut ke dalam Microsoft word. Selain itu, adik Mia turut menjadikan Pusat Ekonomi Digital sebagai rujukan untuk kegunaan internet yang lain seperti mendaftar masuk ke google classroom.


Nur Raidah Fatinah binti Rosli(Celik IT)

Nur Raidah Fatinah binti Rosli merupakan pelajar Sekolah Kebangsaan Pasoh 2 (F) dan berumur 12 tahun. Adik Raidah mula menyertai kelas ICT di Pusat Ekonomi Digital pada tahun 2019. Antara pembelajaran yang telah dipelajari di Pusat Ekonomi Digital termasuklah Microsoft Office seperti Microsoft word, Microsoft Powerpoint dan Micrsoft excel.

Di samping itu juga, adik Raidah belajar mengenai penggunaan Internet untuk mencari maklumat dan menggunakan google translate untuk menterjemah ayat Bahasa Inggeris bagi memahami ayat Bahasa Inggeris dengan lebih mudah. Selain daripada itu juga, Adik Raidah juga turut menyertai MAXIS live eKelas bagi tahun 2021.


Puan Rasidah binti Mad Zain(Usahawan)

Puan Rasidah binti Mad Zain bekerja sebagai Guru ICT di bawah KEMAS. Beliau menceburi bidang perniagaan pada tahun 2020. Perniagaan ini merupakan perniagaan puan Rasidah bersama suami beliau dalam menghasilkan keropok ubi secara manual. Puan Rasidah sangat bercita tinggi untuk mengembangkan lagi produk Keropok Ubi Warisan Cik Mat Jolobu ke seluruh negeri dan secara atas talian.

Puan Rasidah mengambil peluang untuk menyertai Program Perkhidmatan e-Dagang Setempat (PeDAS) di Pusat Ekonomi Digital Felda Pasoh 2. Program ini bermula pada bulan September 2020 sehingga usahawan mempunyai 3 “outcomes” di sosial media. Melalui program ini puan Rasidah sudah mempunyai Facebook perniagaan, akaun Shopee Seller dan Instagram (IG) business.


Encik Mohd Shahrul Izwan bin Sabu(Usahawan)

Encik Mohd Shahrul Izwan bin Sabu bekerja sebagai pengawal keselatan di sekolah Menengah Felda Pasoh 2. Beliau menceburi bidang perniagaan bermula pada tahun 2018 dengan menjual cendol dihadapan rumah beliau.

Pada tahun 2020 beliau telah membesarkan kedai cendol dan terdapat ruang untuk pelanggan minum di kedai tersebut. Menariknya kedai cendol pada beliau adalah kerusi meja kayu yang merupakan hasil tangan beliau sendiri. Encik Izwan juga menggunakan Pusat Ekonomi Digital sebagai tempat rujukan untuk hal yang berkaitan perniagaan beliau. Di samping itu juga, encik Izwan turut belajar membuat logo untuk perniagaan beliau di Pusat Ekonomi Digital Felda Pasoh 2.