Pengenalan Microsoft Word & D.I.Y Topeng Haiwan

11 November 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 10 November 2018, telah diadakan Kelas ICT Pengenalan Microsoft Word dan Do It Yourself (D.I.Y) Topeng Haiwan bertempat di Bilik Latihan ICT Pusat Ekonomi Digital Felda Pasoh 2. Kelas ini bermula dari jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengahari. Kelas ICT kali ini untuk peserta tahun 3 dan tahun 4.

Pembelajaran kali ini adalah mengenai Microsoft Word untuk peserta yang baru menyertai kelas dan peserta yang telah lama menyertai kelas ICT dapat memahirkan lagi ilmu Microsoft Word. Terdapat juga aktiviti sampingan iaitu aktiviti D.I.Y membuat topeng haiwan. Dalam sesi D.I.Y ini, konsep pembelajaran adalah berdasarkan E- Learning yang mana youtube dijadikan rujukan utama untuk melakukan aktiviti D.I.Y topeng haiwan ini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali