Kelas Fun With E-Learning

05 Mei 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 4 Mei 2018, telah diadakan kelas E-Learning bertempat di Bilik Latihan ICT, PI Pasoh 2. Kelas ini bermula dari jam 3.00 petang hingga 5.00 petang. Kelas ini bertujuan memberi keseronokan kepada adik-adik untuk menggunakan internet sebaik mungkin untuk tujuan memupuk minat adik-adik menggunakan ICT sebagai salah sumber rujukan untuk pembelajaran.

Seperti biasa adik-adik akan melakukan senamam uji minda bagi memberi kecergasan kepada adik-adik. Kemudian, bermain jigsaw puzzle online yang mana adik-adik perlu mengusun gambar Klik Dengan bijak dan gambar –gambar lain. Di samping itu juga, mereka bermain Word Search Games yang mana adik-adik akan mencari perkataan Bahasa inggeris. Dalam Word Search Games ini adik-adik dapat belajar perkataan-perkataan Bahasa Inggeris dengan mudah.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali