Hari Santai Bersama Komuniti

16 September 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 15 September 2018 (SABTU), Pusat Ekonomi Digital Felda Pasoh 2 telah mengadakan Hari Santai Bersama Komuniti. Program ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan antara kakitangan Pusat Ekonomi Digital dengan komuniti setempat. Pelbagai acara menarik, antaranya senam Aerobik, 10 ribu langkah, pemeriksaan kesihatan, (KOSPEN), Program E-Waste, pertandingan mewarna bawah 6 tahun (KEMAS), pertandingan Klik Dengan Bijak (KDB), Pertandingan online colouring (PPDK), jualan usahawan, sukaneka terbuka kategori lelaki dan Perempuan dan terdapat juga cabutan bertuah Mega.

Di kesempatan ini, Pusat Ekonomi Digital Felda Pasoh 2 ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak pengurusan Felda Pasoh 2, Technoplant Pasoh 2, KEMAS, KOSPEN, PPDK Pasoh 2 & 3, D' Mart, Team Senam Aerobik Felda Pasoh 2, Jawatankuasa MPKK Pasoh 2, jawatankuasa GPW, Jawatankuasa Qariah Felda Pasoh 2, Para usahawan, urusetia program, para jemputan yang hadir dan semua komuniti yang terlipat secara langsung atau tidak langsung dalam program ini. Mudah-mudahan semoga keharmonian dan ukhuwah Pusat Ekonomi Digital bersama Komuniti akan berkekalan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali