Kelas E- Learning & Kreatif Bersama Microsoft Powerpoint

21 April 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 20 April 2018, telah diadakan kelas ICT bersama adik-adik tahun 1 dan tahun 2, bertempat di Bilik Latihan ICT, PI Pasoh 2. Kelas ini bermula dari jam 3.00 petang hingga 5.30 petang. Permulaan kelas ICT, adalah senaman minda yang akan dilakukan oleh adik-adik bagi memberi kecergasan adik-adik sebelum memulakan pembelajaran utama.

Pembelajaran utama adalah “Kreatif bersama Microsoft powerpoint”. Pada kali ini adik-adik perlu menyiapkan tugasan powerpoint yang bertajuk “Jenis-jenis serangga”. Selain daripada itu, adik-adik belajar cara-cara untuk menggerak slide, memasukkan lagu dalam slide persembahan mereka dan menyimpan persembahan powerpoint dalam bentuk video. Dalam pembelajaran ini, secara tidak langsung adik-adik telah belajar cara-cara muat turun lagu menggunakan internet. Setelah selesai hasil kerja adik-adik, persembahan mereka dipertontonkan dihadapan rakan-rakan lain. Persembahan yang paling menarik diberi hadiah oleh PI Pasoh 2.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali