CATs Program & Kerja Berkumpulan (Ms. Powerpoint)

03 September 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 2 September 2018, telah diadakan Kelas ICT bertajuk CATs Program dan Kerja berkumpulan (Microsoft Powerpoint) bertempat di Bilik Latihan ICT Pusat Ekonomi Digital Felda Pasoh 2. Kelas ini bermula dari jam 10.00 petang hingga 12.30 tengahari. Sesi pembelajaran dimulakan dengan Pendaftaran Program CATs bersama adik-adik tahun 5.

Program ini merupakan kerjasama bersama UNIMAS & Cambridge University. Cambridge Accessible Test atau lebih dikenali sebagai CATs adalah website yang digunakan untuk membantu adik-adik berumur bawah 13 tahun belajar bahasa Inggeris dengan cara yang menyeronokkan melalui internet. Selain itu juga, terdapat aktiviti berkumpulan mengenai Tokoh perjuangan Tanah Melayu menggunakan Microsoft Powerpoint. Adik-adik dibahagikan kepada 2 kumpulan, mereka perlu menyiapkan tugasan dan membuat persembahan powerpoint dihadapan rakan lain. Tahniah kepada adik-adik kerana berjaya menyiapkan tugasan berkumpulan hari ini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali