Tayangan Video bersama Tabika KEMAS Felda Pasoh 2

05 Jun 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 4 Jun 2018, telah diadakan Tayangan Video “The Boss Baby” bertempat di Bilik Latihan ICT, Pusat Ekonomi Digital Pasoh 2. Tayangan ini bermula ini bermula dari jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengahari. Pada kali ini adik-adik Tabika KEMAS datang ke Pusat Ekonomi Digital untuk menonton cerita “The Boss Baby”.

Walaupun cerita dalam bahasa Inggeris, adik-adik nampak faham dengan jalan cerita dan boleh melihat nilai-nilai murni dalam cerita tersebut. Adik-adik tahu mengenai nilai kasih sayang terhadap adik beradik. Jom jadikan Pusat Ekonomi Digital sebagai salah satu tempat untuk menimba ilmu. Terima kasih kepada guru tabika KEMAS yang memilih Pusat Ekonomi Digital sebagai tempat adik-adik tabika menimba ilmu ICT.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali