Ulangkaji Microsoft Word

20 Oktober 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 19 Oktober 2018, telah diadakan Kelas ICT Bertajuk Ulangkaji Microsoft Word bertempat di Bilik Latihan ICT Pusat Ekonomi Digital Felda Pasoh 2. Kelas ini bermula dari jam 3.00 petang hingga 5.00 petang. Kelas ICT kali ini untuk adik-adik tahun 1 dan tahun 2. Pembelajaran pada kali ini adalah mengulangkaji penggunaan Microsoft word.

Pada kali ini adik-adik membuat latihan mengenai " Keluarga saya". Adik-adik perlu membuat carta organisasi keluarga menggunakan smartart dan wordart. Di samping itu, adik-adik perlu menghias hasil kerja dalam Microsoft word dengan menukar tulisan dan memasukkan bolder. Semoga dengan aktiviti ulangkaji microsoft word ini menjadikan adik-adik mahir dalam ilmu ICT.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali