E-Usahawan : Mencipta Website Bersama Viralniaga.Com

08 Oktober 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 7 Oktober 2018, Berlangsungnya kelas E-Usahawan bersama team ViralNiaga.com yang mana melibatkan usahawan Pusat Ekonomi Digital Felda Pasoh 2 dan Usahawan Pusat Ekonomi Digital Felda Pasoh 3. Kelas ini bertempat di di Bilik Latihan ICT Pusat Ekonomi Digital Felda Pasoh 2. Bermula dari jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari. Para usahawan diberi penerangan mengenai tapak perniagaan atau flatform untuk usahawan yang perlu ada apabila melakukan perniagaan iaitu website.

Di samping itu, para usahawan diberi penerangan mengenai website yang boleh digunakan untuk mempromosikan produk usahawan dan memperluaskan perniagaan. Website ini boleh memudahkan usahawan membuat promosi produk yang dijual dan membolehkan usahawan mempunyai website perniagaan sendiri yang berfungsi sama seperti website shopping lain, sebagai contoh lazada dan shopee.

Semoga dengan penerangan daripada pihak ViralNiaga.com dapat membuka peluang kepada usahawan untuk mempromosikan produk dengan lebih giat lagi. Sehubungan itu, Pusat Ekonomi Digital Felda Pasoh 2 ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Pusat Ekonomi Digital Felda Pasoh 3 atas kerjasama dan menjemput Team ViralNiaga.com untuk memberi penerangan kepada para usahawan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali