Bengkel Asas Photografi

14 Oktober 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 13 Oktober 2019, telah diadakan Bengkel Asas Photografi bertempat di Pusat Ekonomi Digital Felda Pasoh 2. Sesi pembelajaran ini bermula dari jam 10.30 pagi hingga 12.30 tengah hari. Bengkel ini merupakan anjuran Pusat Ekonomi Digital dan penyertaan adalah terbuka kepada komuniti yang berminat untuk menambah kemahiran photografi.

Selain daripada itu, bengkel ini akan diadakan secara berperingkat - peringkat bagi memastikan peserta mahir. Pada Permulaan pembelajaran, peserta diberi penerangan mengenai Jenis elemen dalam photografi dan cara-cara mengambil gambar menggunakan camera. Kemudian, peserta membuat praktikal di luar kelas untuk mengambil gambar berkaitan dengan elemen-elemen photografi yang terdapat di sekitar kawasan Pusat Ekonomi Digital .

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali