Do It Yourself (D.I.Y) Taman Mini Merdeka

26 Ogos 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 25 Ogos 2019, telah diadakan Kelas ICT Do It Yourself (D.I.Y) Taman Mini Merdeka bertempat di Pusat Ekonomi Digital Felda Pasoh 2. Sesi pembelajaran ICT ini bermula dari jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengah hari. D.I.Y Taman Mini Merdeka merupakan tugasan peserta tahun 3 dan tahun 4.

Peserta telah mula membuat Taman Mini Merdeka pada kelas sebelum- sebelum ini. Kali ini peserta menyambung membuat hiasan bagi menyiapkan Taman Mini Merdeka mereka. Kelas ICT ini dapat memupuk nilai kerjasama dan membentuk kreativiti peserta, semoga dengan adanya kelas ini peserta dapat menjadi lebih kreatif.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali