Pertandingan Masak Puding Dan Demo Masakan Bakso

17 Disember 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 16 Disember 2019, telah diadakan Pertandingan Masak Puding Dan Demo Masakan Bakso bertempat di Pusat Ekonomi Digital Felda Pasoh 2. Pertandingan dan sesi masakan bakso ini bermula dari jam 2.00 petang hingga 5.00 petang. Pertandingan Masak Puding ini merupakan anjuran Pusat Ekonomi Digital Felda Pasoh 2 dengan kerjasama Tupperware brands. Di samping itu juga, terdapat demo masakan bakso menggunakan periuk tupperware brands dan demo untuk melihat kebersihan air tapisan dan air minuman harian.

Selain daripada itu, terdapat juga pertandingan membuat aiskrim secara berkumpulan. Semua pertandingan dinilai oleh 2 orang juri daripada KEMAS Jelebu. Setelah selesai sesi penilaian, berlangsungnya sesi penyampaian hadiah kepada pemenang serta cabutan bertuah kepada semua yang terlibat. Di kesempatan ini Pusat Ekonomi Digital Ingin mengucapkan kepada tupperware brands kerana sponsor hadiah kepada peserta dan tidak lupa juga terima kasih kepada Juri-juri daripada KEMAS Jelebu yang turut menjayakan program pertandingan ini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali