MAXIS Live Ekelas (Bahasa Inggeris) – Minggu Terakhir

16 November 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 15 November 2019, telah diadakan MAXIS Live eKelas bagi Subjek Bahasa Inggeris bertempat di Pusat Ekonomi Digital Felda Pasoh 2. Sesi pembelajaran ini bermula dari jam 3.00 petang hingga 4.00 petang. Pembelajaran kali ini merupakan pembelajaran terakhir eKelas tahun 2019 bagi tahun 6 dan tingkatan 1.

Minggu terakhir ini para peserta belajar secara santai melalui games Bahasa Inggeris mengenai synonym dan antonym. Di samping itu, pelajar juga berpeluang untuk memenangai hadiah basikal dan baju tshirt melalui misi akhir eKelas yang perlu diselesaikan oleh peserta eKelas melalui portal eKelas semasa cuti akhir tahun.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali