Maxis Live E-Kelas Matematik Serta Sains Tahun 6 Dan Tingkatan 1

7 April 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 06 April 2019, telah diadakan MAXIS eKelas bagi subjek Matematik Serta Sains Tahun 6 Dan Tingkatan 1 bertempat di Pusat Ekonomi Digital Felda Pasoh 2. Kelas ini bermula dari jam 10.00 pagi hingga 1.00 tengah hari. Pada kali ini peserta belajar cara-cara mengggunakan learning port untuk membuat ulangkaji pembelajaran.

Manakala untuk aktiviti sains pula, tahun 6 membina kereta lumba Belon dengan menggunakan belun, botol, straw dan penutup botol. Di samping itu, aktiviti sains tingkatan 1 adalah belon ajaib. Peserta menggunakan peralatan seperti cuka dan soda bikarbonat untuk menghasilkan tindabalas kimia untuk mengembangkan belon tersebut.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali