MAXIS Live eKelas (Matematik Dan Sains)

6 Oktober 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 5 Oktober 2019, telah diadakan MAXIS Live eKelas Matematik dan Sains, bertempat di Pusat Ekonomi Digital Felda Pasoh 2. Sesi pembelajaran ini bermula dari jam 4.00 petang hingga 6.00 petang. Pembelajaran kali ini bersama tingkatan 2 hingga tingkatan 4. Sesi pembelajaran adalah sesi ulangkaji soalan-soalan peperiksaan tahun -tahun sebelumnya. Cikgu membincangkan dan menerangkan cara-cara untuk menjawab soalan-soalan tersebut bersama peserta.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali