Kelas Video Editing By Filmora (Pengiklanan Produk)

19 Disember 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 18 Disember 2019, telah diadakan Kelas Video Editing By Filmora Untuk Pengiklanan Produk bertempat di Pusat Ekonomi Digital Felda Pasoh 2. Sesi pembelajaran ini bermula dari jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengah hari. Pembelajaran kali ini bersama usahawan dalam komuniti. Pada kali ini usahawan akan mempromosikan produk dalam bentuk video. Usahawan menghasilkan video menggunakan filmora.

Di samping itu, usahawan diberi tunjuk ajar cara-cara menyusun jalan cerita untuk menghasilkan iklan produk yang menarik. Selain daripada itu, usahawan juga perlu memilih gambar produk yang menarik dan mengedit gambar tersebut menggunakan filmora. Usahawan juga belajar meletakkan transitasi dalam video tersebut.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali