Fun With English & Membuat Nota Ringkas (Ms.Powerpoint)

9 February 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 08 Februari 2019, telah diadakan Kelas ICT “Fun With English dan Membuat Nota Ringkas” bertempat di Pusat Ekonomi Digital Felda Pasoh 2. Kelas ini bermula dari jam 3.00 petang hingga 5.00 petang. Pada kali ini kelas ICT untuk peserta tahun 3 dan tahun 4. Seperti biasa sebelum memulakan kelas, peserta akan melakukan senaman minda. Sesi pembelajaran dimulakan dengan Quizizz games bagi subjek bahasa Inggeris dan topik kali ini adalah mengenai “NOUN”. Quizizz games ini dipecahkan kepada 5 kumpulan.

Setiap kumpulan hendaklah bekerjasama untuk menjawab soalan-soalan yang ada dalam Quizizz games tersebut. Seterusnya, peserta akan membuat nota ringkas berdasarkan topik Quizizz games tadi yang bertajuk “NOUN”. Peserta akan menghasilkan nota menggunakan Microsoft powerpoint dan juga menggunakan internet untuk mencari maklumat mengenai “NOUN”. Tahniah kepada semua peserta kerana sudah tahu cara-cara mencari maklumat di Internet dan menggunakan maklumat tersebut untuk dimasukkan ke dalam slide powerpoint. Semoga peserta akan lebih mahir untuk masa akan datang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali