Fun With Quizizz & Jom Belajar Membaca

11 April 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 10 April 2019, telah berlangsungnya kelas ICT bertajuk Fun With Quizizz dan Jom Belajar Membaca bertempat di Pusat Ekonomi Digital Felda Pasoh 2. Kelas ini bermula dari jam 2.30 petang hingga 3.30 petang. Kelas ICT kali ini untuk peserta tahun 1. Sebelum bermula sesi pembelajaran utama, peserta melakukan senaman minda dan menyanyi bagi memberi keseronokan belajar.

Pembelajaran dimulakan dengan sesi online quizizz bagi subjek Bahasa Melayu mengenai perkataan-perkataan ringkas. Seterusnya pesert belajar membaca ayat- ayat ringkas bagi melatih peserta untuk membaca dengan lancar.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali