Advokasi Di Hari Graduasi Literasi & Tabika KEMAS Felda Pasoh 2

9 November 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 8 November 2019, telah diadakan Hari Graduasi Literasi dan Tabika KEMAS Felda Pasoh 2 bertempat di Pusat Ekonomi Digital Felda Pasoh 2. Sesi ini bermula pada jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari. Terdapat sesi penyampaikan sijil dan hadiah kepada semua murid tabika KEMAS dan Literasi Felda Pasoh 2. Kemudian diikuti sesi bergambar dengan jubah graduasi tabika KEMAS.

Dikesempatan itu, Pusat Ekonomi Digital juga turut menyampaikan advokasi Klik dengan Bijak mengenai topik anominati dan online grooming serta membuat aktiviti bersama ibu bapa /penjaga. Selain daripada itu, staff Pusat Ekonomi Digital turut mengedarkan flyers MYTV dan memberi penerangan kepada para pengunjung yang hadir mengenai MYTV. Sehubungan dengan itu, Pusat Ekonomi Digital ingin mengucapkan tahniah kepada adik-adik yang telah bergraduasi dan selamat maju jaya.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali