Kelas ICT Bersama Tabika KEMAS Felda Pasoh 2

12 Oktober 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 11 Oktober 2019, telah diadakan Kelas ICT Bersama Tabika KEMAS bertempat di Pusat Ekonomi Digital Felda Pasoh 2. Sesi kelas ini bermula dari jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengah hari. Pembelajaran kali ini mengenai "magic Words" iaitu Perkataan "Tolong", "Terima Kasih" dan "I Love You".

Pembelajaran magic words ini bertujuan untuk mengajar kanak-kanak untuk menghargai orang sekeliling dengan mengucapkan perkataan tersebut kepada keluarga, rakan, jiran tetangga dan orang sekeliling. Di samping itu juga, adik-adik juga akan lebih menghargai persekitaran. Selain daripada itu, terdapat juga tayangan video Toys Stories 4.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali