Pengenalan Kepada Microsoft Word

15 April 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 14 April 2019, telah berlangsungnya kelas ICT bertajuk Pengenalan Kepada Microsoft Word bertempat di Pusat Ekonomi Digital Felda Pasoh 2. Kelas ini bermula dari jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengah hari. Kelas ICT kali ini untuk peserta tahun 1. Sebelum bermula sesi pembelajaran utama, peserta menari sambil menyanyi terlebih dahulu bagi memberi keseronokan kepada peserta sebelum memulakan sesi pembelajaran.

Pembelajaran utama ialah pengenalan kepada Microsoft Word. Peringkat permulaan, peserta diberi penerangan mengenai cara-cara untuk memilih dan menukar tulisan serta saiz tulisan. kemudian, peserta melakukan aktiviti menaip, menukar tulisan dan memasukkan gambar. Di samping itu juga, peserta belajar cara-cara untuk menghias dokumen word dengan menukar latar belakang word mereka.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali