Fun With Kahoot & Scratch

11 February 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 10 Februari 2019, telah diadakan Kelas ICT “Fun With Kahoot and Scratch” bertempat di Pusat Ekonomi Digital Felda Pasoh 2. Kelas ini bermula dari jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengahari. Pada kali ini kelas ICT bersama peserta tahun 5 dan tahun 6. Pembelajaran pertama adalah melalui Kahoot games, di mana peserta akan bersaing dengan peserta lain berdasarkan soalan yang telah disediakan dalam website kahoot. Antara subjek matapelajaran untuk peserta pada hari tersebut adalah sejarah, sains dan bahasa melayu.

Manakala aktivti sampingan, adalah pembelajaran mengenai scratch. Melalui scratch ini peserta dapat membentuk kreativiti sendiri dengan membuat animasi, cerita dan permainan daripada scratch. Peserta menjadikan youtube sebagai rujukan dan bersama-sama tenaga pengajar menyiapkan games menggunakan scratch software.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali