Pengenalan Kepada Excel (Jadual Waktu Kelas)

13 Januari 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 12 Januari 2019, telah diadakan Kelas ICT bertajuk Pengenalan kepada Microsoft Excel bertempat di Pusat Ekonomi Digital Felda Pasoh 2. Kelas ini bermula dari jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengahari. Berlangsungnya kelas ICT bersama peserta tahun 3 dan tahun 4. Seperti biasa sebelum memulakan kelas peserta akan melakukan senaman minda. Pembelajaran utama adalah mengenai microsoft excel.

Peserta diberi penerangan mengenai Microsoft Excel dan kemudian peserta akan melakukan praktikal dengan menghasilkan jadual waktu kelas menggunakan microsoft excel. Tahniah pada peserta yang berjaya menyiapkan tugasan berkumpulan serta bekerjasama dalam menyiapkan jadual kelas masing-masing. Tahniah kerana berusaha untuk menghias dan mencantikkan jadual kelas anda.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali