Pengenalan Kepada Microsoft Powerpoint

4 November 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 3 November 2019, telah diadakan Kelas Pengenalan Kepada Microsoft Powerpoint bertempat di Pusat Ekonomi Digital Felda Pasoh 2. Sesi pembelajaran ini bermula dari jam 2.00 petang hingga 4.00 petang. Pembelajaran kali ini bersama Peserta tahun 1. Pada kali ini peserta belajar pembelajaran Microsoft office yang baru iaitu Microsoft powerpoint.

Pada permulaan pembelajaran para peserta diberi penerangan mengenai penggunaan Microsoft powerpoint. Di samping itu, diberi contoh untuk memilih design Slide dan memasukkan gambar ke dalam microsoft powerpoint. Seterusnya, para peserta diberi latihan untuk menyiapkan latihan powerpoint.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali