Create Link Using Whatsapp Web

25 Disember 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 24 Disember 2019, telah diadakan Kelas Create Link Using Whatsapp Website bertempat di Pusat Ekonomi Digital Felda Pasoh 2. Sesi pembelajaran ini bermula dari jam 2.00 petang hingga 3.00 petang. Pembelajaran kali ini bersama usahawan dalam komuniti. Pada kali ini peserta belajar untuk menghasilkan link whatsApp bagi tujuan memprosikan produk perniagaan.

Peserta diberi garis panduan untuk mendaftar nombor telefon menggunakan link whatsapp bagi memudahkan pelanggan untuk menghubungi usahawan untuk membeli produk atau berurusan dengan usahawan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali