Penyediaan Online Banking For Entrepreneur

19 Disember 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 18 Disember 2019, telah diadakan Kelas Penyediaan Online Banking For Entrepreneur bertempat di Pusat Ekonomi Digital Felda Pasoh 2. Sesi pembelajaran ini bermula dari jam 3.00 petang hingga 4.00 petang. Pembelajaran kali ini bersama usahawan dalam komuniti. kali ini sesi pembelajaran bagi membantu usahawan membuat pendaftaran online banking.

Usahawan di beri tunjuk ajar cara-cara untuk mendaftar pertama kali bagi BSN online banking. Tenaga pengajar juga turut mengingatkan usahawan untuk mencipta kata laluan yang selamat dengan mencampurkan huruf besar, huruf kecil, simbol dan nombor sebagai kata laluan untuk log in secara online.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali