Making Video Microsoft Powerpoint

2 Disember 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 1 Disember 2019, telah diadakan Kelas Making Video Microsoft Powerpoint bertempat di Pusat Ekonomi Digital Felda Pasoh 2. Sesi pembelajaran ini bermula dari jam 4.30 petang hingga 5.30 petang. Pembelajaran kali ini bersama Peserta tahun 5 dan tahun 6. Pada kali ini, para peserta membuat video menggunakan Microsoft powerpoint.

Pada permulaan peserta diberi tajuk-tajuk untuk introduction video yang perlu dihasilkan antaranya sejarah dunia, kereta mewah, kepelbagaian makanan dan style pemakaian. Selain daripada itu juga, para peserta belajar cara untuk mencari muzik yang bersesuaian untuk jadikan muzik introduction bagi video powerpoint. Selain daripada itu, peserta juga memasukkan gambar yang bersesuai dan memasukkan pergerakan dalam slide powerpoint untuk menghasilkan video.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali