Latihan Microsoft Word Bulan Kemerdekaan

5 Ogos 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 4 Ogos 2019, telah diadakan Kelas ICT bersama pelajar tahun 1 yang bertajuk Latihan Microsoft Word Bulan Kemerdekaan bertempat di Pusat Ekonomi Digital Felda Pasoh 2. Sesi pembelajaran ICT ini bermula dari jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengah hari. Pada pembelajaran kali ini peserta membuat latihan Microsoft Word.

Sebelum memulakan latihan, peserta melihat dan mendengar lagu bertemakan kemerdekaan. Pada kali ini, peserta belajar menggunakan Wordart dan memasukkan gambar berkaitan kemerdekaan ke dalam Microsoft Word. Sesi latihan Microsoft Word diadakan untuk memastikan peserta faham mengenai topik pembelajaran tersebut.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali