MICROSOFT WORD – LATIHAN MENAIP

8 Julai 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 7 Julai 2019, telah diadakan Kelas ICT bertajuk Pengenalan Kepada Latihan Menaip Microsoft Word bertempat di Pusat Internet Felda Pasoh 2. Kelas  ini bermula dari jam 10.30 petang hingga 12.30 tengah hari.

Pada kali ini pembelajaran ICT bersama peserta tahun 1. Sebelum memulakan pembelajaran, adik-adik melakukan senaman minda dan membuat aktiviti mencari gambar menggunakan google chrome. Pada kali ini adik-adik belajar menaip dan meletakan tanda baca menggunakan keyboard. Sesi latihan diberikan kepada adik-adik untuk menaip ayat-ayat yang mempunyai tanda baca menggunakan Microsoft Word.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali